Awie Penyayang

by

Awie. Nama yang ringkas, tapi bila sebut saja nama Awie, semua orang kenal. Abang Wahab siap boleh nyanyi bait-bait lagu Awie, Jamil boleh buat gaya Awie pegang mikrofon menyanyi. Si Ujang boleh lakonkan watak mafia Awie. Asal Awie, orang tau Awie garang, bengis, kasar. Tapi tak ada siapa yang tau, Awie yang sebenarnya adalah seorang bapa penyayang. Betapa dia bekerja keras untuk masa depan anak-anaknya. Terharu tau Belakang Parang. Mana tisu, tisu mana!!

Dipetik dari sumber media di Malaysia, “Sebenarnya, berperwatakan dan berwajah begini, ia anugerah Allah. Tetapi tidak semua orang tahu apa sebenarnya yang berada dalam hati dan jiwa saya. Saya seorang yang sensitif dan berjiwa lembut. Saya mudah menitiskan air mata apabila ia membabitkan hal keluarga. Tak dapat bertemu anak pun, saya boleh menangis.” Selain itu, Awie juga tidak menyalahkan orang ramai yang memandang serong terhadapnya malah mengakui persespsi yang diberikan masyarakat tidak mendatangkan kesan kepada dirinya.

Walaupun sibuk anak-anak dan keluarga tetap menjadi keutamaan. Fuh! Salute lah Awie, brother Rock Kapak! Bagi lagenda rock ini, melihat kelima-lima anaknya membesar di depan mata adalah satu kepuasan sebagai seorang bapa. Kerja keras serta pengorbanannya selama ini seakan terbayar apabila melihat kegembiraan serta keletah mereka setiap hari. “Saya akan pastikan saya ada masa untuk mereka. Terutama pada cuti sekolah, saya akan mengosongkan jadual untuk membawa mereka bercuti di tempat-tempat kesukaan mereka. Malah saya juga tidak mahu diganggu sewaktu bersama anak-anak.”

Awie kini mempunyai 5 orang anak yang dibawah jagaannya iaitu Putri Aleeya Antasha, 14, Putri Aleefa Antasha, 10, Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Putri Qasseh Antasha, 4. Walaupun sibuk bekerja, namun Awie tak mahu melepaskan tanggungjawab menjadi pelindung untuk anak-anaknya ini. “Anak pertama, Aleeya seorang yang amat penyabar dan bertanggungjawab kepada adik-adiknya. Sehingga kini dia belum pernah mengadu apa-apa dengan saya. Apa sahaja yang mereka minta saya akan tunaikan. Tapi dengan syarat mereka mesti mendapat keputusan yang terbaik di dalam kelas. Keputusan peperiksaan harus cemerlang jadi mereka akan mendapat hadiah yang diinginkan. Secara tidak langsung saya mengajar mereka erti usaha keras bagi mendapatkan sesuatu.”

Selain itu Mak Jah, kalau nak tau. Awie seorang bapa penyayang. Dia mengajar anak-anaknya mengucapkan ungkapan sayang antara satu sama lain setiap hari. “Hari-hari tidak kira pagi atau malam sebelum tidur jika saya ada kami mesti berpelukan tanda saling mengasihi antara satu sama lain.” Sungguh sweet. Statement ni, bikin Belakang Parang sedih. Sayu. Korang eh, jangan ingat muka bengis, takde kasih-sayang tau Mak Bibah. No, no, no… Jangan pandai-pandai scan orang!

Seperti bapa lain, dia tidak pernah menghalang minat anak-anaknya. Malah, tidak menolak jika ada di antara mereka yang akan mengikut jejak langkahnya. Ujar Awie, apa yang penting, semua anaknya berjaya di dalam hidup dan menjadi insan yang berguna dunia akhirat. “Saya dedahkan mereka dengan muzik sejak kecil. Tapi mereka bebas untuk memilih kerjaya masing-masing kelak. Harapan saya semoga impian mereka menjadi kenyataan dan saya mampu menjadi ayah terbaik untuk mereka,” ujarnya.

Belakang Parang dan sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal salute dengan pengorbanan seorang bapa seperti Awie! All the best dalam mendidik anak dan kami tahu Awie boleh mencipta keluarga bahagia bersama anak-anak walaupun tanpa isteri di sisi. Sumber berita: Majalah Jelita.