Tips Maria Farida Kekal Jelita

by

Ewah-ewah Mak Pet sungguh lawa! Ha… Gitu lagunya. Bukan apa, Belakang Parang terpanggil untuk menulis tentang artis semi veteran yang masih bergetah macam anak dara. Entah apa dia makan ya, diet apa yang menjadi panduannya? Jom ikuti tips dari Maria Farida.

Belakang Parang teropong punya teropong, baru-baru ini, Maria Farida telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya, Mizan Ashley yang ke 18. Apa yang menarik, dalam majlis yang dihadiri oleh rakan terdekat Maria tersebut, Mizan dan ibunya kelihatan sebaya. Belakang Parang betul-betul kagum dengan penampilan Maria Farida sehingga kelihatan masih muda dan ranggi macam anak dara. Sungguh kaguuum ye Mak Senah Bukit Batok!

Maria Farida pernah berkongsi di Harian Metro, tips kecantikannya adalah hati yang bersih dan tiada hasad dengki maka kecantikan kita akan berkekalan. Maria Farida juga ada menjelaskan, salah satu petua untuk kekal cantik adalah tidak mengamalkan tabiat merokok kerana rokok akan mempercepatkan kedutan kulit di bahagian muka terutamanya mata dan mulut. Satu lagi fakta menarik tentang selebriti ini, beliau perlu makan coklat setiap hari dan masih berjaya mengekalkan bentuk badan yang menarik sehingga ke hari ini. “Saya tidak boleh terlepas makan coklat setiap hari. Dalam peti sejuk saya akan tersedia pelbagai jenis coklat untuk saya jamah. kalau terlepas, saya rasa tidak selesa & ada sahaja yang kurang,” Ujar Maria Farida.

 

Kalau kita lihat trend hari ini, Maria Farida sebenarnya salah seorang pelakon wanita semi veteran yang masih ‘laku’ di’kalangan peminat hiburan muda. Dia juga pandai menjaga penampilan diri. Ada bagusnya juga bagi pasangan yang baru berkahwin, Mak Mak Dara, jagalah kecantikan agar suami makin sayang, anak-anak pun selesa dengan penampilan ibu mereka. Ini tidak, anak balik sekolah, jumpa mak dengan rambut tocang ke atas, tak terurus, dengan bau bawangnya lain. Ye tak? Hehehehe Belakang Parang tegur sebab sayang tau, jangan merajuk pulak!

Dengan adanya tips-tips berikut, Belakang Parang dan sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal harap sangat supaya kita semua boleh cantik cantik cantik sama macam Maria Farida. OK GO! Sumber berita: Harian Metro Sumber Gambar: Instagram Maria Farida