Addy Cradle, Yazid Lovehunters dan Din Lovehunters Jadi Buskers!

by

Minggu lepas krew Sungguh sedang mengadakan perbincangan seperti biasa dan secara kebetulan tercetus sebuah idea untuk melakukan sebuah eksperimen sosial di salah satu kawasan umum Singapura.

Bincang punya bincang, kami pun menghubungi Watie, salah satu pihak dari Lovehunters, untuk melamar otai-otai rock kita dan mengetengahkan idea kami. 

Tidak kami sangka-sangka dalam masa tiga hari sahaja, Addy Cradle, Yazid Lovehunters dan Din Lovehunters sudah bersiap sedia di Geylang Serai untuk menghiburkan peminat mereka yang kebetulan akan mengadakan konsert ‘Santai Acoustic’ di Biopolis Matrix, 30 Mei ini!

Dengan bantuan Elfa Ynacis dari Talent Ted Agency, kami mengubah penampilan otai-otai agar menjadi boleh tahan Sungguh! Tak Kenal! Lucu melihat telatah-telatah mereka ni sebenarnya!

Nak tahu apa yang terjadi? Mari lihat gelagat mereka yang Sungguh Cool dan Happening!