Amy Search Percaya Nabila Huda Boleh Berubah

by

Terbaru! Nabila buat hal lagi. Kali ni, bergambar berkepit disamping 2 orang lelaki Mat Salleh memegang minuman keras. Sesungguhnya, kontroversi sosial Nabila Huda belum berakhir lagi. Walaubagaimanapun, bapanya, penyanyi rock lagenda, Amy Search meminta orang ramai tidak mengaitkan anaknya dengan penubuhan sekolah tahfiz miliknya, Sekolah Al-Quran dan Hadis Al-Bayan.

 

“Dia (Nabila) pun sudah besar. Bukan budak-budak lagi. Jadi, dia perlu bertanggungjawab di atas setiap perbuatan yang dilakukannya. Sebagai seorang bapa, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk terus menasihati dan mendidiknya.”

“Sudah tentu juga, sebagai bapa, media dan masyarakat akan terus bertanya mengenai perangai anak-anaknya,” katanya selain turut merasa yakin Nabila akan berubah satu hari nanti kepada media Malaysia.

Tambah Amy, apa yang dilakukan kini adalah untuk memberi kebaikan kepada masyarakat di samping turut bercadang untuk mengadakan kelas agama untuk orang dewasa.

 

Belakang Parang dan sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal berharap Amy Search dan Nabila Huda baik-baik saja ya!