Keluarga Che Ta Beraya Sakan

by

Pejam celik, pejam celik, lebih kurang lagi beberapa hari kita nak beraya ye Mak Som. Nampaknya, para selebriti kita busy membuat persiapan raya. Termasuklah keluarga Che Ta, 41 tahun, yang pastinya tahun ni sungguh havoc, sungguh meletup, sungguh mengujakan kerana menyambut raya dengan kehadiran baby girlnya yang comel si Aaisyah Dhia Rana, 8 bulan. Belakang Parang teropong guna teropong ajaib, khabarnya Che Ta telah menyediakan 20 pasang baju kurung untuk digayakan sempena Aidilfitri ini selain turut menyediakan jumlah yang sama untuk suami dan baby Aaisyah. Maknanya, 60 pasang baju Raya ditempah untuk mereka bertiga! Adui, adui… Joyah oi, pitam Belakang Parang dengar. 60 pasang tu!!

“Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal. Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga,” katanya.

“Teruja sebab akhirnya dapat saya beli dan pakaikan baju cantik-cantik untuk anak perempuan kerana sebelum ini asyik tengok orang lain sahaja. Sejak awal lagi saya sudah sediakan untuk Aaisyah malah kebanyakkan baju kami adalah dari rona sama,” katanya kepada media di Malaysia. Tentu persediaan Aaisyah yang paling win tahun ni kan? Ye lah, 1st time baby comel Aaisyah beraya dengan mummy daddy dia.

Cik Mah Bukit Batok mesti nak tau kan Che Ta beraya kat mana tahun ni? Che Ta menjelaskan, dia terlebih dahulu beraya di rumah ibu mertuanya di Bukit Antarabangsa, Ampang di sini sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah. Di Kedah, dia akan habiskan masa 5 hari sebelum ke ibu negara untuk menyambung aktiviti seninya.  Ha, gitu…

“Kami sekeluarga akan berkonvoi bersama beberapa adik-beradik lain pulang ke Kedah dan akan mengambil kesempatan ini untuk menziarahi sanak-saudara di sana. Tetapi pada hari raya pertama kami akan bersama ibu Zain di Bukit Antarabangsa terlebih dahulu,” katanya.

 

Belakang Parang dan sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga selamat menuju ke destinasi yang dituju. Untuk Pak Tam pon sama tau, balik kampung tu hati-hati ya! Ingatlah orang – orang yang tersayang. Kredit gambar kepada SingTel.

Yeayy… Dah nak raya! Pam pam pong, bunyi mercun!