Che Ta Tak Layak Jadi Juri AF – Edry KRU

by

Beberapa minggu dah berlalu, tapi cerita ini masih panas panas dan terus panas di Seantero Malaysia. Apakah sebenarnya yang berlaku antara Edry KRU dan Che Ta? Jeng jeng jeng… Mak Kiah boleh capai spek mata, baca elok-elok apa yang Belakang Parang dah teropong guna teropong ajaib Belakang Parang.

Umum tahu, Rozita Che Wan telah tarik diri sebagai juri tetap Akademi Fantasia (AF). Edry sebagai Pengetua AF  dengan selamba menyatakan ia keputusan cukup tepat dan kerusi juri yang ditinggalkan Rozita patut digantikan oleh mereka yang lebih layak. Wau, begitu tegas dan selamba benar ya Edry! Sebelum itu, kecoh apabila dikatakan Che Ta mengatakan dia diherdik oleh Edry yang tidak berpuas hati dengan kritikan yang dilontarkan terhadap pelajar AF. Adoi Mak Nah, panas betul ceritanya ni.

Edry menyambung ketika dihubungi wartawan Malaysia, “Saya tak maki atau herdik dia sebaliknya hanya menegur. Kenyataan itu nampaknya terlalu berlebihan. Seharusnya sebagai orang industri mahupun yang menerima mandat sebagai juri, dia (Rozita) seharusnya terbuka dengan kritikan dan teguran. Saya hanya menegur komennya kepada pelajar saya di AF 2015. Harus diingat tugasan sebagai juri bukan kerja mudah. Ia sangat berat. Selepas minggu keenam AF2015 bersiaran, saya lihat dan rasa komen dia kepada pelajar tak beri kesan kepada pelajar,” katanya.

“Tugas juri sangat besar dan ia membabitkan masa hadapan pelajar. Kalau dia setakat komen awak nampak cantik dan seumpamanya, ia tidak akan membantu pelajar saya. Tugasan ini memang terlalu besar kapasitinya untuk dia dan sekali gus menyerlahkan kelemahan dirinya. Sebagai juri dia perlu memberi kritikan dan sekali gus memberikan cadangan yang membina. Sebagai contoh yang dilakukan oleh juri tetap AF2015, Datuk Ramli MS. Jadi demi kebaikan dia, memang saya hormati tindakannya menarik diri.

Edry menyambung lagi, “Sejujurnya saya sangat simpati dengan dia kerana sering menerima kritikan negatif daripada orang luar yang melihat komen yang diberikannya kepada pelajar AF 2015 yang tak mendatangkan kesan,” katanya.

Hmm tak taulah Belakang Parang nak cakap apa. Baik Che Ta, baik Edry, masing-masing mengatakan mereka lakukan adalah berdasarkan profesionalisme. Tapi sejauh mana mereka faham profesionalisme itu? Allahualam, ikot fahaman masing-masing ye tak. Bila dah gitu, berbalah la pulak. Sorang fahaman ke Timur, sorang fahaman ke Barat. Adoi pening lalat tau Belakang Parang kalau macam ni.

Edry juga menyuarakan pendapat supaya Pihak Astro selepas ini patut mengundang juri yang lebih layak dan berpengalaman seperti Adlin Aman Ramlie atau Fauziah Ahmad Daud. Kalau ini, Belakang Parang pon 80% sokong.

Setelah kita dengar luahan Edry, mari kita tengok apa yang Che Ta nyatakan kepada wartawan Malaysia baru-baru ini. “Saya tidak mahu bekerja dalam suasana yang tidak sihat di mana ada orang yang tidak tahu saling menghormati. Saya cuma menjalankan tugas yang diberikan. Semua soal profesionalisme. Apa yang saya buat adalah kerja saya dan saya hanya berminat bekerja dengan orang yang mempunyai tahap profesionalismenya sama seperti saya. Bos Astro ada pujuk tapi saya tetap akan pertahankan keputusan ini. Kalau Edry telefon pun saya tak mahu tarik balik keputusan saya itu. Saya tak mahu duduk dalam kelompok itu lagi,” tegasnya.

Ha, gitu… Che Ta jawab sekali nafas saja, tapi begitu menusuk jantung jawapan yang diberikan. Kau ada? Tak ada kan?

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga, sungguh.com berpendapat, masing-masing ada pendapat yang berbeza. Standard la tu. Tapi kalau boleh, dah 1 industri, janganlah terusan bermasam muka. Bang Jali dengan Kak Munah gaduh pon 2, 3 hari lepastu baik semula kan? Harap begitu jugaklah pada Edry dan Che Ta.