ANUGERAH PLANET MUZIK 2015

by

Ditempatkan di Pusat Konvensyen Suntec City buat kali ke-3, Anugerah Planet Muzik 2015 telah sekali lagi menyatukan industri muzik dari tiga buah negara. 

 

Malam gilang-gemilang itu disaksikan oleh 4,000 penonton yang hadir termasuk pelakon popular, Maya Karin, Ayda Jebat dan juga pelakon Singapura yang sibuk dengan drama bersirinya Tanglin, Elfaezah Ul-Haq untuk memeriahkan lagi suasana.

 

            

 

     Dato’ Siti Nurhaliza membuka tirai APM 2015 dengan lagunya Warna Dunia bersama penari dan pemain perkusi dari Nadi Singapura. Dato’ Siti Nurhaliza yang tampil dengan baju biru nila berjaya untuk memenangi dalam kategori Kolaborasi Terbaik (Artist) bersama Cakra Khan dengan lagu mereka yang telah mendapat perhatian ramai, Seluruh Cinta. Dato’ Siti bersyukur atas kemenangan beliau dengan artist yang amat mengidolakan Dato’ Siti, Cakra Khan. 

Pasangan duo itu juga telah memukau penonton APM 2015 dengan sebuah persembahan bersama.

           

     Penyanyi lagu #awakkatmana, Taufik Batisah, nama yang bukan asing lagi dalam industry Singapura telah merangkul sebanyak 4 trofi yang diantaranya terdiri daripada kategori undian ramai. Buat petama kali, Taufik ditemani oleh isterinya, Sheena Akbal. Pasangan dua sejoli itu telah mendapat perhatian ramai dengan sikap merendah diri mereka. Penyanyi kacak berusia 34 tahun itu mengatakan bahawa dia tidak sangka lagu #awakkatmane boleh menang Lagu Terbaik Singapura. Taufik juga sempat meminta kesemua yang hadir untuk menyanyikan lagu Hari Jadi untuk Dato’ Rossa, selaku penyampai anugerah untuk  kategori tersebut.

 

 

Apa lagi? Tersipu malu dan tersenyum lebar Dato’ Rossa!

 

           

 

      Penerima Artis Baru Terbaik Lelaki, Kunto Aji, telah membuat persembahan yang memukau dengan lagu kemenanganya, Terlalu Lama Sendiri. Penyanyi berasal dari Yogyakarta itu mengambil masa 6 tahun untuk mempelajari selok-belok dunia muzik termasuk dalam segi bisnes yang sekaligus membuatnya berdikari dan boleh menghasilkan sebuah lagu sendiri.  Menurutnya, lagu Terlalu Lama Sendiri ini ditujukan khas bagi mereka yang tidak mempunyai pasangan untuk berkongsi satu perasaan, bersama.

Meskipun lagu Kunto sangat sentimental, beliau juga telah mengejutkan penonton dengan melamar tunangnya di atas pentas berprestij itu! Romantik sekali!

     

 

     Pemenang Band Terbaik dan Lagu Terbaik (Singapura), Iman’s League, telah berjaya mendapat perhatian umum. Mereka mengakui berasa terkejut akan kemenangan mereka. Ternyata, Iman’s League bermula perjalanan muzik mereka dari bawah.

Iman, ketua kumpulan Iman’s League, memberitahu Sungguh! “Kami bertiga tidak berputus asa menghantar lagu kami ke stesen-stesen radio sebanyak empat kali untuk beberapa tahun sehingga mendapat percapaian di Anugerah Planet Muzik.”

Pastinya, sikap tidak mudah putus asa Iman’s League ini membuahkan hasil sehingga dapat merentasi ke luar negara, Korea Selatan. Menariknya, kumpulan yang dianggotai Iman, Ishyam Lal dan Anhar itu tidak mempunyai sembarang tajaan dari mana-mana syarikat untuk kos pembelanjaan ke negeri K-POP itu.

Oleh kerana minat dan cinta mereka terhadap muzik begitu mendalam, mereka sanggup membiyayai kos sendiri untuk mencapai impian mereka ke Korea Selatan! Mengagumkan!

         

 

     Tahun ini, APM 2015 telah memperkenalkan kategori terbaru iaitu Anugerah Rentas Planet Muzik yang diberikan kepada penyanyi berasal dari Indonesia, Anggun.

Anggun telah mendapat nama di persada dunia dan dengan suara emas beliau. Juri “Asia’s Got Talent” itu amat terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh pihak APM. Anggun berkongsi bahawa beliau harus mengharungi cabaran-cabaran semasa penglibatannya untuk mencapai kejayaan.

Baginya, berpisah dari keluarga tercinta di Jakarta dan terpaksa keluar dari zon selesa begitu payah untuknya. Anggun harus menyesuaikan diri untuk hidup berdikari di rantauan dan harus redha akan kegagalan yang dilanda apabila beliau di London.

Menurut Anggun, “Saya percaya bahawa kegagalan adalah orang yang tidak mahu mencuba,” apabila ditanyakan tentang cara beliau mengatasi setiap liku-liku untuk berada di tangga kejayaan. Sangat cekal dan tabah, Anggun!

     Persembahan penutup tirai tahun ini agak istemewa. Sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50 tahun, penghormatan tinggi buat penerima Anugerah Khas Planet Muzik, Allahyarham A Ramlie & The Rhythm Boys. Ia untuk menghargai perjalanan mereka di persada seni Singapura.

        

Ryan Sufiyan, Hazama dan Taufik Batisah telah dipilih untuk mendendangkan lagu-lagu dari kumpulan legend terserbut. Satu dewan turut berdansa dengan mereka.

 

Kami dari Sungguh! mengucapkan tahniah sekali lagi untuk pemenang Anugerah Planet Muzik 2015. Bagi anda yang terlepas untuk menyaksikan Anugerah Planet Muzik 2015, berikut adalah senarai pemenang:-

SENARAI PEMENANG ANUGERAH PLANET MUZIK 2015

Kategori Terbaik

Artis / Lagu

Artis Baru Terbaik (Lelaki)

Kunto Aji – Terlalu Lama Sendiri

Artis Baru Terbaik (Wanita)

Elizabeth Tan – Knock Knock

Duo/Kumpulan Terbaik

Rossa & Afgan – Kamu Yang Kutunggu

Band Terbaik

Iman’s League – Lisa

Kolaborasi Terbaik (Artis)

Cakra Khan & Dato’ Siti Nurhaliza – Seluruh Cinta

Kolaborasi Terbaik (Lagu)

Jangan Coba Berlari (Sezairi) – Tulus

Artis Terbaik Lelaki

Judika – Apakah Ini Cinta

Artis Terbaik Wanita

Raisa – Jatuh Hati

Lagu Terbaik (Singapura)

Lisa – Iman’s League featuring The Lion Story

Lagu Terbaik (Malaysia)

Assalamualaikum – Faizal Tahir

Lagu Terbaik (Indonesia)

Terlalu Lama Sendiri – Kunto Aji

Lagu Terbaik APM

Assalamualaikum – Faizal Tahir

Kategori Popular

Artis / Lagu

Ikon Media Sosial

Taufik Batisah

Artis Paling Popular (Singapura)

Taufik Batisah

Lagu Paling Popular (Singapura)

Awak Kat Mana – Taufik Batisah

Lagu Paling Popular APM

Awak Kat Mana – Taufik Batisah

Artis Paling Popular APM

Fatin Shidqia Lubis

Kategori Khas

Artis

Anugerah Rentas Planet

Anggun

Anugerah Khas Planet Muzik

Allahyarham A Ramlie & The Rhythm Boys