Che Ta Terlalu Mewahkan Anak

by

Che Ta dan kemewahan. Umpama aur dan tebing, isi dan kuku. Memang tak dapat dipisahkan. Bila sebut je Che Ta, orang dah terbayang clutch mahalnya, gelang tangan anak dia besar rantai basikal, kereta mewah, gaya mewah anak-anak. Dan ini menyebabkan seantero Malaya mulalah nak pompang tentang kemewahan Che Ta. Belakang Parang pon terfikir jugak, boleh tahan dasyat Che Ta ni, loaded tuu Pak Mail!

Baru-baru ni kalau Mak Jah tercicir berita sungguh sensasi, ni Belakang Parang nak khabar. Harijadi puteri sulung Che Ta, 1 November lalu, Aaisyah Dhia Rana diraikan penuh mewah dan classy gituw! Aaisyah turut mendapat rantai berlian, dan nilai hadiah itu menjadi buah mulut peminatnya. Tetapi, Che Ta dikritik pulak kononnya menunjuk-nunjuk dengan memberi hadiah yang mahal-mahal kepada anak-anak. Pulak dah? Rozita Che Wan tampil mempertahankan tindakannya dengan mengatakan setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri memewahkan anak.

“Semua orang sayang anak dan akan buat apa sahaja demi menggembirakan buah hati mereka. Sama juga dengan saya. Saya akan buat apa yang dirasa boleh gembirakan mereka walau hanya dengan bawa bercuti, anjurkan majlis hari lahir dan hadiahkan mereka sebagai ganjaran atas kejayaan yang diperoleh anak-anak.”

“Bagi saya, semua orang akan mewahkan anak-anak dengan cara sendiri. Bezanya, disebabkan saya seorang selebriti dan setiap tindak-tanduk menjadi perhatian, maka perkara ini menjadi isu besar. Walhal, ia perkara biasa”

“Cuma masyarakat di luar sana yang terlalu ‘mengambil berat’ akan perihal kami sekeluarga. Sekarang saya amalkan sikap tidak mahu terlalu berkongsi tentang apa yang saya berikan kepada anak-anak. Lebih-lebih lagi tentang harga seperti rantai Aaisyah,” jelasnya memetik dari Kosmo!

Selepas timbul isu nilai rantai berlian itu, Che Ta memberitahu dia dan suaminya tidak mahu mendedahkan harga rantai itu kepada umum bagi mengelak orang mengata dan menuduhnya mahu menunjuk pula. Ha, tulah korang! Kan dah tak tau berapa harga rantai tu. Stress lah Belakang Parang gini! Lain kali jangan nak kritik kritik Che Ta ye. Che Ta benci tau!

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online
Singapura untuk seisi keluarga sungguh.com nak sampaikan pada peminat
netizen. Che Ta pernah memberitahu, apa yang dikongsikan di media sosial adalah untuk motivasi. Jika pengkritik ambil dari sudut negatif, kemewahannya akan dipertikaikan. Itu pula bermakna, pengkritik masih berada di takuk lama serta hidup mereka hanya untuk mengkritik sampai bila-bila. Tak membangun. Kan, betul apa Che Ta cakap. Pedas tak?

Gambar: Instagram Che Ta.