(AJL30) Kamar Empayar: Hanya Tulis Lagu ‘Potret’ Dalam Masa 5 Minit Untuk Akim

by

Baru-baru ini Sungguh! telah menghadirkan diri ke Stadium Malawati, Shah Alam yang telah digegarkan dengan persembahan-persembahan memukaukan oleh para finalis di Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-30. AJL30 kali ini menandingkan saingan yang sangat sengit diantara para finalis untuk merebut sebagai Juara tahun ini.

IMG_2123

Kemenangan berpihak kepada Akim & The Majistret dengan lagu yang digubah oleh abang Akim sendiri, Afham Zulhusmi dari Kamar Empayar. Lagu ’Potret ’ telah berjaya menawan hati panel juri AJL30 dengan kekuatan daripada lirik dan susunan lagu tersebut.

IMG_4741

“Sebenar-benarnya, kemenangan ini, kemenangan yang mengejutkan bagi saya dan saya berterima kasih kepada semua yang telah menyokong lagu ini sehingga ke peringkat akhir,” kongsi Akim tentang perasan tentang kemenangannya.

IMG_2032

Menurut Afham, lirik lagu yang ditulis dalam ’Potret ’ pula di hasilkan dalam masa lima minit dan ianya hasil tulisan pertama olehnya.

IMG_4719IMG_4730

“Saya beri melodi lagu ‘Potret’ ke abang saya menerusi emel. Malah, kami tidak bertemu untuk menghasilkan lagu ini kerana dia bertugas di Melaka dan saya pula di KL. Kami hanya berhubung menerusi Whatsapp sahaja,” tambah Akim.

Inspirasi lirik lagu Potret ini tercetus dari pengalaman Kamar Empayar sendiri.

“Saya hanya memberikan yang terbaik dan menggarap semampu yang saya boleh untuk menghasilkan lirik dari emel yang Akim berikan kepada saya mengikut pengalaman dan perasaan saya ketika saya kehilangan guru agama yang saya sanjung,” akui Afham.

Akim&brother

Kini, Akim sedang dalam proses untuk menghasilkan lagu bertajuk ‘Romeo’ untuk Stacy sementara memberikan Kamar Empayar ruang untuk berehat seketika.

Stacy Akim

Malam yang penuh berprestig itu juga telah menganugerahkan lagu ‘Assalamualaikum’ yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir sebagai naib juara dan Caliph Buskers dengan tempat ketiga dengan lagu yang dicipta oleh Edry Abdul Halim, ‘Hanya Namamu’.

IMG_4423 IMG_2161

Di sidang media AJL30, komposer terkenal Azmeer, mengatakan memang sukar untuk memilih pemenang untuk kedua-dua lagu ’Potret ’ dan ’Assalamualaikum ’. Kedua-duanya mempunyai melody yang baik. Walaubagaimanapun, lagu Potret dapat memberikan penyampai yang begitu progresif melalui susunan muzik yang dinamik.

IMG_4588_1

“Kekuatan lagu tersebut dapat menusuk kalbu pendengar dari saat lagu itu bermula,” kata Azmeer.

Vokal terbaik pula diberikan kepada Ratu R&B Malaysia, Dayang Nurfaizah yang berjaya memikat hati juri dengan vokalnya yang luar biasa. Untuk persembahannya pada malam itu.

IMG_4564

“Dayang sebenarnya sengaja inginkan cara susunan lagu tersebut kerana ingin mencabar vokalnya diri sendiri dan syukur telah diberi penganugerahan ini,” akui Dayang di sidang media setelah acara malam itu.

IMG_4786

Penaja AJL30, Vida Beauty Pamoga Qu Puteh memberikan dua Anugerah dia AJL30 iaitu Anugerah Qu Diva dan Anugerah Qu Millenia. Pemenang Anugerah Qu Puteh Diva jatuh kepada Dato’ Siti Nurhaliza manakala Anugerah Qu Millenia yang telah diiystiharkan Dato’ Seri Dr. Hajah Vida atau Datuk Dr Hasmiza Othman

IMG_4451_1

sendiri ketika siding media akan diberikan kepada Hazama dengan lagu ‘Sampai Mati’ yang diminati Dato’ dan Akim, selaku pemenang dengan wang tunai tambahan RM6,000 setiap seorang.

IMG_1686

Bertemakan Tiga Dekad Mencipta Fenomena, AJL30 juga telah memaparkan persembahan lagu-lagu dan penyanyi-penyanyi yang telah membuktikan kegemilangan dan kemeriahan sepanjang 30 tahun bersiaran.

IMG_1956

Diantaranya adalah daripada pemenang Anugerah Juara Lagu tahun-tahun yang lalu. Penyanyi #1 Malaysia – Yasin, Jamal Abdillah dan Dato’ Siti Nurhaliza membuka tirai dengan lagu kemenangan masing-masing di pentas yang penuh dengan penari-penari tradisional.

IMG_1968IMG_1960IMG_1955

Selain itu, Jaclyn Victor dan Hafiz juga turut memukau penonton dengan lagu kompilasi – Kau Kunci Cintaku, Awan Nano dan Gemilang. Duet dua penyanyi yang cukup sinonim lagi dengan kebolehan mereka menyanyi “high keys”, Rahmat Mega dan Azlan Typewriter, turut mendendangkan 3 buah lagu termasuk lagu kemenangan masing-masing di pentas AJL.

IMG_4467

Krew Sungguh mengucapkan tahniah kepada kesemua pemenang dan artis-artis yang telah membuat persembahan yang sangat baik di #AJL30! Syabas!

 

PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 30

IMG_2135_1

Tempat Pertama – Potret (Akim & The Majistret, Hang Nadim, Kamar Empayar)

Tempat Kedua – Assalamualaikum (Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok)

Tempat Ketiga – Hanya Namamu (Caliph Buskers, Edry Abdul Halim)

Anugerah Qu Puteh Diva – Cindai (Siti Nurhaliza)

Anugerah Qu Millenia – Hazama dan Akim & The Majistret