Marsha masuk Islam, Ingin Jaga Suami sebagai Bekalan pahala ke Syurga

by

Belakang Parang dan sungguh.com ingin mengucapkan berkalung-kalung tahniah buat Marsha Milan Londoh kerana sah bergelar isteri kepada pasangannya iaitu  Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail. Tahniah sekali lagi guys!

Mohamed Shaiful Nizam dan Marsha sebenarnya sudah saling mengenali sejak 10 tahun lalu namun bibit percintaan mula berputik di antara mereka sejak dua tahun lalu. Hmm lama jugak tu cinta mereka bertahan eh. Beberapa minggu sebelum majlis, Marsha memilih untuk memeluk agama Islam selepas terbuka hati untuk memilih Shaiful. Sungguh sweet! Buat Bang Toyib yang tertinggal kisah Marsha, ni Belakang Parang nak cerita. Marsha dan Shaiful, 29, telah bernikah pada 31 Disember 2015 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman pengantin lelaki di Georgetown, Pulau Pinang. Majlis resepsi kedua-dua pasangan berkenaan telah diadakan di Hotel Majestic, KL.

Terbaru, Puan Marsha Milan Londoh kita ni berharap sekali dapat menjaga suaminya iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail sebaik mungkin memandangkan ia merupakan salah satu cara mudah untuk mendapat pahala dalam Islam. Hmmm, romantiknya! Marsha, 31, berkata, Perkara itu juga membuatkan dia berasa lebih seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri selain bersyukur mempunyai seorang suami yang tidak cerewet dalam segala hal. Wah, huntunggg laa dapat suami yang tak cerewet. We Like!

“Baru saya tahu, kelebihan menjaga suami mendatangkan banyak pahala dan pahala itu juga adalah bekalan buat kita ke syurga. Itu membuatkan saya lebih seronok bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, syukur.”

Belakang Parang dapat info, Marsha menyifatkan perkahwinannya tu adalah fasa baru dalam kehidupannya dan banyak perkara yang dia perlu pelajari untuk menjadi isteri yang sempurna. Bagus Marsha. Ha, nampak tu, semangat jadi isteri solehah tu dah ada.

“Satu permulaan yang baru dan banyak perkara baru saya perlu belajar. Maklumlah sebelum ini hidup sendiri, sekarang dah bersuami, jadi kenalah siapkan makan, pakaian suami dan perkara lain. Apa-apapun saya sangat gembira dan berasa bertuah dan teruja untuk menjadi seorang isteri yang terbaik. InsyaAllah.”

Macam mana dengan bulan madu ye? Ha, soalan keramat tu mesti Cikgu Salmiah nak tanya kan? Asal kahwin, bulan madu. Marsha dan suami masih belum merancang sebarang berbulan madu memandangkan mereka sibuk dengan beberapa urusan lain.

“Kami belum memikirkan mana-mana lokasi sesuai untuk berbulan madu kerana ada beberapa tanggungjawab yang harus didahulukan. Selepas semua selesai barulah kami dapat berbulan madu. Berkenaan dengan rancangan keluarga pula, kami sedia sekiranya diberikan rezeki anak,”  jelasnya kepada media tempatan Malaysia.

marsha londoh

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga, sungguh.com mendoakan Marsha dan suami berbahagia hingga ke cucu-cicit. Semoga pasangan suami isteri ini sentiasa dalam ‘Sakinah’(ketenteraman jiwa), ‘Mawaddah’ (rasa cinta) dan ‘Rahmah’ (kasih sayang). Jangan gaduh-gaduh ok, gaduh manja je boleh! Gambar: UtaraNews