Remy Ishak bawa ibu tunaikan Umrah

by

Sebagai pembukaan tirai tahun 2016 dari sungguh.com, yang dijamin cerita artisnya akan lebih melatops, sungguh panas, sungguh ranggi dan sungguh syok,  Belakang Parang harini nak bawakan 1 cerita menarik dan bagus untuk didengar.  Kali ni, bukan cerita mengata, mengumpat, mengeji, bergossip ye… Cerita ni berkaitan anak beranak yang confirm sejuk hati korang bila dengar tau.

Pelakon Remy Ishak, 34, berhasrat melunaskan janji untuk membawa ibunya ke Tanah Suci Makkah pada hujung Januari ini.  Ha, nampak! Begitu mulia hajat Remy ok. Inilah yang dinamakan sebagai ‘Membalas Jasa Orang Tua’. Sebenarnya ya Pak Akob ya, memang menjadi idaman setiap orang untuk membuat Umrah dan disertai dengan orang yang kita sayang. Seperti membawa sekali pasangan suami isteri, ibu dan anak, anak dan bapa ke Tanah Suci. Itu semua terserah pada Qada’ dan Qadar Allah S.W.T untuk merealisasikannya. Jika kita mahu, kita boleh mengusahakannya. Insya Allah dipermudahkan. Macam kisah Remy Ishak dan ibunya ni lah.

Memetik laporan BH online, Remy berkata, beliau bersyukur kerana dalam kesibukan mencari rezeki, dirinya dijemput juga untuk menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah, itu benar-benar rezeki dari langit namanya tu Remy!

Buat pengetahuan Kak Salmah, Remy kini terikat dengan penggambaran drama bersiri Rumi dan Jawi karya Erma Fatima. Dalam drama itu, beliau digandingkan dengan Fathia Latiff. Bintang yang popular menerusi drama bersiri Nur Kasih itu turut memberitahu, seluruh tenaga produksi drama rantaian berkenaan akan terbang ke New York bagi menghabiskan beberapa lagi episod.

“Saya sudah lama menyimpan hajat untuk membawa ibu menunaikan umrah di Makkah. Alhamdulillah, tahun 2016 dibuka dengan perkara baik dan sekali gus saya dapat menunaikan janji yang sudah lama tertangguh kepada ibu. Biarpun jadual kerja saya agak padat pada bulan ini, namun tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk melawat tempat Nabi SAW harus diutamakan. Jadi, sehari selepas menjalani penggambaran di New York, saya akan ke Makkah pula. Semoga perjalanan saya ke Tanah Suci akan dipermudahkan dan segala urusan berjalan lancar. Saya teruja kerana berpeluang untuk ke sana dengan kesihatan yang masih baik. Walaupun pelbagai cerita singgah ke telinga, apa yang penting sebagai umat Islam kita perlu menjaga adab dan akhlak sepanjang berada di sana”

“Apatah lagi tujuan kita ke sana adalah untuk beribadat dan mendekatkan diri dengan agama,” jelasnya kepada media tempatan Malaysia.

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan keluarga online Singapura, sungguh.com mendoakan semoga perjalanan Remy Ishak dan ibunya akan dipermudahkan. Bagus Remy Ishak, ini juga boleh dijadikan contoh buat semua, supaya kalau ada duit poket lebih, bolehlah bawa ibubapa ke Tanah Suci ya. Besar berkatnya tu anak-anak!  Ha, Lagi 1. Nanti kat Jabal Rahmah, jangan lupa baca doa lekas dapat jodoh tau Abang Sado, hensem, segak bergaya. Gambar: Instagram Remy Ishak