Baby Harness – Awal & Scha

by

Lara Alana adalah merupakan anak selebriti pertama yang menjadikan Malaysia kecoh apabila menggunakan baby harness! Memang kecoh gila. Ada macam-macam pendapat tentang Lara Alana dan baby harness ni, Bedah tau cerita tak?

 

Scha Alyahya ketika ditemubual di dalam rancangan MeleTOP menjawab spontan, “Baby harness dah lama digunakan di serata dunia. Cuma di Malaysia, fungsi dan kegunaanya tak diperluaskan lagi. Saya dan Awal sebenarnya tak kisah dengan apa yang orang cakap. Asalkan kami dapat menjaga keselamatan Alana, itu sudah cukup”. Ha… Nak hilang anak ke, nak pakai baby harness? Fikir-fikirkan ye Mak Jah…

 

Awal Ashaari pula menyambung, “Yang saya risau bukan sekadar kanak-kanak hilang, tapi risiko anak jatuh, tersandung di eskalator, atau ketika membeli-belah di pasaraya, waktu kita sibuk pilih barang, anak entah lari ke mana. Kami sebagai ibubapa, cuba mengelak dari berlaku benda tak elok dan tak patut terjadi pada Lara Alana”. Betul, betul, betul. Belakang Parang sokong. Kan ke Mak Itam pesan,  mencegah lebih baik dari merawat?

 

Scha berkata, “Ada jugaklah orang yang katakan baby harness ni macam samakan anak dengan binatang peliharaan. Yang sebenarnya kita sayang binatang peliharaan kita seperti kucing jadi dipakaikan harness kerana sayang dan tak bagi lari. Sama lah kita, kerana sayang anak dan tak nak mereka lari atau hilang. Kita sebagai ibubapa perlu menjaga anak-anak dengan sebaik mungkin”. Awal menyambung, “Baby harness ada dijual diseluruh dunia”.

 

Belakang Parang rasa, Lara Alana memang patut pakai baby harness sebab kalau Mak Senah tengok video-video dia di instagram, fuh! Dia sangat aktif dan lincah ke sana ke mari. Hmmm, Awal dan Scha tak payah layanlah sesiapa yang mengata tu. Orang dewasa pon  kadang-kadang bukannya tahu tentang kegunaan baby harness tu pon.

 

Bila ditanya tentang tekanan bila dah jadi ibubapa, Scha sangat risau tentang kes penculikan maklumlah Lara Alana adalah anak selebriti yang agak popular, namun kita doa yang baik-baik saja.

Awal menyampuk, “Kami teringin membesarkan anak mengikut cara sendiri tapi sering dikritik dan dipertikaikan oleh orang luar. Kerana kami selebriti, semua benda salah. Belakang Parang harap, Scha dan Awal dapat berfikiran terbuka untuk terima pandangan orang ramai, ada baik buruknya. Biaselah retis, cara sikat rambut pon boleh jadi isu, apalagi cara besarkan anak. Lagi lah ramai orang tunggu bola lempar untuk smash, kan?

 

“Ramai yang tanya mana boleh beli baby harness ni. Yang seronoknya, kita boleh mengajar mereka tentang kebaikan mengguna harness ini. Kalau ada tersalah dan tersilap dalam membesarkan Lara Alana, kami minta maaf. Yang baik boleh dijadikan ikutan, yang tak baik sama-sama kita belajar dan jadikan sempadan”. Sambung Awal Ashaari dalam program bual bicara MeleTOP.
Ha korang!! Jangan terkejut ya, Awal Ashaari dan Scha Alyahya akan mengeluarkan ‘Baby Harness Lana Alana’ dan bakal dijual di Garde Robe House di Empire Damansara. Kelass kau Lara!

 

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga mengucapkan  Tahniah buat Awal & Scha kerana telah melakukan 1 benda baru dan berani berdepan dengan cabaran dan kritikan orang. Boleh jadi Ibubapa contoh ni. Gambar: beautifulnara.com

 

lara