Puteri Sarah Tertekan Soal Anak

by

Belakang Parang suka je tengok pasangan 2 sejoli ni. Sungguh sepadan, sungguh serasi kan Mak Salmah! Tahniah jugak Belakang Parang nak ucapkan bagi pasangan Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah yang bergelar suami isteri genap selama dua tahun pada bulan ini. Yeay! 2 tahun dah melayari alam berumahtangga yang penuh pancaroba. Tahniah! Tapi, jeng jeng jeng… Ada cerita sedih sikit ya Mak Esah. Sarah mengakui dia merasa tertekan bila sering ditanya tentang bila mahu dapat cahaya mata namun lama kelamaan lali dengan perkara tersebut. Hmm.. Jangan sedih-sedih. Rezeki Allah datang dengan bermacam cara tau. Dah ambik tisu, kesat air mata tu…

Jelas Puteri Sarah, “Memanglah teringin tapi belum rezeki. Bulan ini, saya dan Syamsul sudah genap dua tahun sebagai suami isteri. Kalau boleh saya ingin berita gembira itu tetapi seperti yang saya kata, semuanya adalah rezeki,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Sebelum ini, pasangan ini juga pernah menjelaskan bahawa mereka redha menerima ketentuan Tuhan dan tidak pernah berhenti berdoa dikurniakan cahaya mata. Selain itu, Belakang Parang teropong pakai kanta ajaib, Sarah dan juga Syamsul akan menunaikan Umrah buat kali ketiga pada bulan ini, Mac 2016. Kita sebagai insan yang kerdil Sarah ya, mampu meminta dan berdoa kepada yang Esa. Insya Allah.

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga mendoakan hajat mereka dipermudahkan. Korang yang minat gila dengan Syamsul anak Datuk Yusof Haslam yang segak ni ha, jangan lupa mendoakan mereka yang terbaik tau!  Gambar: Blackspeaker.blogspot

 

puteri sarah