Isteri Beri Tips Dalam Tugasan Universiti Tomok

by

Tahniah Belakang Parang ucapkan untuk Tomok, atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 32, kerana masih berminat untuk sambung belajar. Walaupun usianya boleh dikatakan dah agak senja lah kan? Jangan marah na, Belakang Parang gurau kasaq ja!  Tomok kini sedang menyambung pengajian diperingkat ijazah sarjana muda, Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) kampus Kuala Lumpur sejak Oktober tahun lalu.

Khabar seksi yang terdengar kat halwa telinga Belakang Parang kan, apa tau… isterinya, Rahayu Abbas banyak membantu dia dalam menyelesaikan tugasan universiti diterima daripada pensyarah memandangkan wanita berkenaan adalah bekas graduan pusat pengajian tinggi. Chewahh. Ha. Baguslah! Senang sikit dapat pointer tinggi-tinggi. Isteri tolonglah katakan. Tomok belajar pun, confirm lagi semangat! Rahayu atau Ayu sentiasa memberikan tips dan cara untuk membuat nota selain membantunya mempersiapkan diri sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester pertamanya.

Memetik sumber media di Malaysia, Tomok menjelaskan, “Tidaklah sampai isteri yang buat tugasan saya, tetapi sebagai orang yang pernah belajar di universiti dia banyak beri tips kepada saya untuk memudahkan tugasan diterima. Apabila dia berkongsi pengalaman dan memberi maklumat kepada saya baharulah saya sedar bukan mudah sebenarnya untuk menerima segulung ijazah”. Ha, tau takpe abang  Tomok oi. Selama ni, mesti abang Tomok ingat, macam buat pisang goreng je kan?

“Malah selepas menyambung pengajian di UUM saya kagum dengan penuntut universiti yang boleh menyiapkan tugasan diberikan tepat pada waktunya,” sambung Tomok.

Belakang Parang nak khabar ni, sebenarnya, bukan Tomok je tau yang sambung belajar di usia senja. Ramai lagi retis-retis lain Kat Mesia tu yang sambung belajar tau Mak Jenab. Contohnya, seperti Raja Mukhriz, Kautsar (Alam Band), Zahid, Aril, Ammar AF, Maulana, Laika AF, Adiba Yunus, Ristoe, Pekin Ibrahim dan Achap (Pretty Ugly).

Dalam pada itu, Tomok mengakui kadang-kala dia berasa tertekan dengan pelajarannya namun dia menganggap ia sebagai perkara biasa bagi seseorang penuntut universiti. Bagaimanapun selain isteri, rakan-rakan sekuliah banyak memberi semangat dan dorongan untuk meneruskan perjuangan mendapatkan segulung ijazah.

“Bukan mudah sebenarnya dan saya sendiri kadang-kadang berasa tertekan tetapi saya anggap ini sebagai satu pengorbanan yang akan mendatangkan pulangan lebih besar pada masa hadapan, Insya-Allah. Alhamdulillah baru sahaja selesai semester pertama dan tidak sabar pula untuk mulakan pengajian peringkat seterusnya,” ujarnya.

Alah, biasalah tu. Awak menyanyi atas pentas pun tertekan jugak sebelum persembahan kan? Dalam real life sebagai seorang artis, lebih lagilah tekanannnya. Macam mana nak berhadapan media, cakap-cakap orang, cakap-cakap belakang. Belakang Parang. Eh! Itu semua bisa diatur ya Pak Tomok ya. Janjinya… Istiqomah… Sampailah dapat menggenggam segulung ijazah. Amin.

“Saya memang tiada pekerjaan tetap tidak ada masalah untuk menghadiri kelas kerana persembahan juga kebanyakannya pada hujung minggu. Harap-harap dapat menyelesaikan kursus berkenaan dalam tempoh empat tahun diberikan,” katanya.  Kelas Tomok hanya berlangsung pada setiap Rabu dan Khamis. Selebihnya dapat digunakan untuk menghadiri persembahan pentas dan promosi.

Tomok

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga

sungguh.com mengucapkan Chaiyok! Betullah tu. Islam pun menggalakkan kita menimba ilmu selagi bernyawa!

Gambar: Instagram Tomok