Pelanggan Arab Tawar RM 100, 000 Gaun Pengantin Anzalna

by

Wah wah wah wah… Tarik nafas dalam-dalam sebelum Belakang Parang nak mengepoh menyampaikan maklumat kepada seluruh penduduk Singapura termasuklah Cik Kiah Ronggeng dengan Mak Jenab becok. Anzalna! Gaun pengantin dia! Fuh… Memukau bak hang!

Gini ceritanya, umum seantero Malaya tahu, gaun yang dipakai oleh Anzalna Nasir sewaktu majlis resepsi perkahwinannya bulan lalu, adalah bertemakan Barbie Mariposa. Ia diinspirasikan daripada cerita Butterfly fairy yang sangat cantik dengan gaun-gaunnya yang diperbuat daripada sayapnya sendiri. Sayap Barbie Mariposa ni  apabila diturunkan akan menjadi gaun seperti kelopak bunga.  Lepas tu, korang bayangkan eh. Yang pakai tu Anzalna Nasir, yang semua tahu dia tu sangat cantik, anggun dan ada aura tersendiri. Gaun pengantin tu pula dipertanggungjawabkan kepada Cosry untuk direka. Dan Cosry pula bukan calang-calang namanya dalam industri fesyen di Malaysia. Ha kan, Jah. Haruslah meletups gaun bersama pengantinnya tu Jah! Ternganga mulut kau dengar cerita Belakang Parang kan?

 

Mango Touch Anzalna

 

 

Ok, sambung. Bercakap kepada Astro Gempak, Anzalna Nasir memaklumkan yang ramai pelanggan baru menghubungi penaja gaun tersebut iaitu Cosry untuk menempah baju pengantin yang sama untuk majlis perkahwinan mereka.

“Tiga hari selepas majlis selesai, saya dimaklumkan yang ada pelanggan dari Sarawak menghubungi pihak Cosry. Pelanggan itu mahu menempah gaun baru tetapi dia mahu rekaan yang sama seperti saya gayakan.”

“Malam tadi pula, pihak Cosry hubungi saya dan mengatakan yang ada pelanggan dari negara Arab Saudi mahu membeli baju yang telah saya pakai. Saya ingatkan main-main sahaja, rupa-rupanya perkara ini serius.”

“Saya terkejut kerana pelanggan itu meletakkan harga USD25,000 (RM 100, 000.00) terhadap baju tersebut. Pelanggan itu mahukan gaun yang saya pakai di majlis resepsi itu kerana mereka sudah tertarik dengan rekaan gaun tersebut. Pelanggan tersebut tidak mahu gaun baru kerana takut detailing yang ada pada baju tersebut nanti tidak sama dengan yang asal,” tambahnya.

Namun begitu, Anzalna sendiri mahu menyimpan gaun resepsinya kerana memori baju tersebut lebih dari segala-galanya. “Saya mahu menyimpan gaun ini kerana ianya istimewa bagi saya. Gaun ini memberi memori indah yang tidak boleh saya beli di mana-mana tempat,” katanya kepada astro gempak.

Memang hebat betul penangan gaun pengantin Anzalna Nasir sehingga ada yang sanggup meletakkan harga tinggi sebegitu. Belakang Parang skodeng pakai teropong ajaib di Instagram Anzalna, gaun pengantinnya direka oleh Teuku Putra Aziz Cosry (Instagram : @putraaziz_cosry). Manakala materialnya pula handpainted silk with generously dash of swarovski glittered oleh @gerekitualia dan @ijartemir. Patutlah memukau kan Jenab, handpainted dan penuh swarovki okey gaun tu. Hmmm… Muka lawa, body lawa, gaun lawa. Senang cakap, sungguh untung awak Anzalna oi!

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Ikatan kekal Ke Anak Cucu. Dengar cerita Anzalna bakal mengerjakan ibadah Umrah bersama suami tercinta pada April ini. Wah! Seronok. Cecepat berbaby comel okay! Gambar: MangoTouch Photography