“AMAL ATAU SEBALIKNYA, MUTU KONSERT KITA MESTI JAGA.” – Datuk Ramli Sarip

by

Sungguh.com telah menghadiri sebuah persidangan media anjuran Masjlid Al-Amin sempena sambutan ulang tahun Masjid Al-Amin yang ke 25 tahun untuk sesi temu ramah bersama Papa Rock” Singapura, Datuk Ramli Sarip. Beberapa perkara mengenai “Gala Dinner” anjuran Masjid Al-Amin yang bakal diadakan pada 1 Mei 2016 ini telah dibincangkan melalui sidang media tersebut.

“I think dalam bentuk ini semuanya private, lebih senang lah dan lebih santai.” – Datuk Ramli Sarip.

Pihak masjid tersebut telah menjemput Datuk Ramli Sarip untuk membuat persembahan di “Gala Dinner” yang akan diadakan di Hotel Furama Riverfront untuk menghiburkan para tetamu di acara makan malam mereka. Bukan itu sahaja, acara tersebut juga akan menggabungkan semula bekas pengacara Selamat Pagi Singapura iaitu Sujimy Mohd dan Ainah Embit bagi memeriahkan lagi suasana di acara makan malam Masjid-Al Amin.

Jangan terlepas peluang untuk bersantai dengan alunan suara “Papa Rock” Datuk Ramli Sarip, dan terhibur dengan pengacara Sujimy Mohd dan Ainah Embit 1 Mei ini! Dapatkan tiket anda sekarang!

Telefon 6272 5309 atau emel alamin@alamin.mosque.org.sg. untuk menempah tiket ke “Gala Dinner” ulang tahun Masjid Al-Amin.