‘Ku Ukir Namamu’ Di Beri Nafas Baru – Moliano Feat. Rahim Maarof

by

Penyanyi Moliano telah mengeluarkan lagu ‘Ku Ukir Namamu’ dengan memberi nafas baru. Moliano juga telah memilih Rahim Maarof untuk berkolaborasi dalam susunan lagu ini.

Moliano telah berkongsi bagaimana idea ini bermula dan apa yang telah mendorongnya untuk mara kepada pembaharuan.

“Saya telah membesar dengan lagu ini selama bertahun-tahun. Ramai juga telah berjaya mendirikan rumah tangga dengan lagu ini. Setelah memberi pengiktirafan dan dijemput untuk sesi temuramah secara LIVE di Selamat Pagi SG tahun lalu, saya sedari sepanjang tahun-tahun sebelum ini, lagu ini telah memberi kesan kepada para pendengar and mengubah hati mereka dan tercetus pula idea untuk memberikan lagu ini sebuah nafas baru. Akhirnya, selesai! Kami berharap penonton dapat menerima susunan lagu yang baru ini…” kongsi Moliano.

Pengikut Sungguh! juga boleh menonton di sebalik tabir pembikinan lagu ini dan temuramah Moliano dan Rahim Maarof di saluran YouTube ini: