APO 2016: Stella Hargai Peminat Singapura

by

Hey kau! Selalu memandangku, selalu mengejarku, apa sebenarnya yang kau mahu! Ceewah… Sedap betul suara Belakang Parang nyanyi tahu! Kalah Mak Long Bibah rugged yang selalu nyanyi part karaoke tu ha. Kalau nak tahu, Belakang Parang dahpun berjumpa dengan tuan punya badan, lagu yang tengah meletup kat Malaysia tu ha… Siapa lagi kalau bukan Stella, 22 tahun yang berasal dari Sabah. Stella adalah artis yang bergandingan bersama Syamel AF yang membuat persembahan di Majlis Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 yang berlangsung di Angkasapuri RTM, baru-baru ini.

Sebelum tu, Belakang Parang nak selitkan jugak lah siapa pemenang dan kategori dalam Majlis APO 2016 tu. Apo dia?? Ha ni dia… bak hang…

KATEGORI & PEMENANG APO 2016:

Aktor Terbaik Pilihan Online: Saharul Ridzwan

Aktres Terbaik Pilihan Online: Mia Ahmad

Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online: Hazama

Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online: Siti Nurhaliza

Lelaki Tampan Pilihan Dnars: Saharul Ridzwan

Wanita Anggun Pilihan Dnars; Mia Ahmad

Selebriti Komedi Pilihan Online: Jihan Muse

Grup Pilihan Online: Akim & The Majistret

Penyampai Radio Pilihan Online: Fara Fauzana Hot FM

Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online: Lee Chong Wei

Bintang Sukan Wanita Pilihan Online: Nicol David

Pasukan Sukan Pilihan Online: JDT (Bola Sepak)

Ikon Fesyen Pilihan Online: Siti Nurhaliza

Ikon Niaga Muda Pilihan Online: Neelofa

Blog Pilihan Online: Siakap Keli

Chef Selebriti Pilihan Online: Chef Fazley Yaacob

Selebriti Media Sosial Pilihan Online: Mat Luthfi

PERSONALITI TERUNGGUL APO 2016: Akim & The Majistret

Tahniah buat semua pemenang dan korang memang gerek!!

 

Ok, ok kita continue dengan cerita dengan Stella, Penyanyi genit bersuara catchy yang sangat happy go lucky perwatakannya. Samalah beb dengan lagu yang dibawa olehnya iaitu Hey Kau! Ciptaan Tam Spider dan lirik ditulis oleh Iman Imran.

 

Ketika ditanya, apa yang boleh menyebabkan lagu Hey Kau mula meletup, Stella menjawab, “Semua ini adalah rezeki, dan kebetulannya lagu yang dihasilkan oleh Abang Tam Spider memang sedap didengar”. Ya betullah tu Kak Lin. Lagunya memang berentak catchy, memang sesuai diterima oleh halwa telinga semua peringkat umur dan situasi. Contohnya, yang marah akan jadi ok, yang tua terasa muda dan terus berjoget bila dengar rentak lagunya. Eh?

 

Bila ditanya pula tentang peminat Stella di Singapura, Stella lantas memanjangkan ayatnya, “Terima kasih banyak bagi peminat yang mula ingin mendengar lagu-lagu saya di corong radio Singapura, menyokong dan datang bersalaman dengan saya di Singapura. Saya rasa sangat dihargai dan terima kasih sekali lagi kerana sokongan anda semua membuatkan saya berada di tahap ini.”

 

Stella yang bakal hadir dengan Single kedua yang bertajuk “Ku Tak Mahu Cinta” juga akan buat videoklip itu dalam masa terdekat. Ha, apa lagi korang, cepatlah mintak lagu tu kat DJ-DJ favret korang tu eh… Support lah sikit Kak Bedah dan Salmiah lenggang oii! Kata, peminat gossip dan retis Malaya No 1 Singapura.. Ceh!

 

Stella Hey Kau 2

 

Walau apapun, Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga mengucapkan Selamat maju jaya wahai si pucuk muda. Anda berbakat. Teruslah menghiburkan kami semua.