Mimi One Nation Emcees ke Singapura Promosi Lagu Baru

by

Yang Belakang Parang perhatikan dalam industri Seni Tanah Air Malaysia, tiap kali persembahan pembukaan dalam mana-mana anugerah berprestij ataupun biasa-biasa je kan Mak Bedah, mesti One Nation Emcees yang bukak jalan. Memang power performance diorang ni. Sampai selalu disenaraikan sebagai artis pembuka jalan cerita. Heheh!

 

Kalau nak tau, power tak power, tengok je la vokalis tunggal wanita dalam grup ini iaitu Mimi. Sekali lenggok, kita tengok pon macam nak tercabut skru pinggang dia wa cakap lu. Dia punya gelek, power tu sampai menaikkan namanya sehingga terpilih untuk turut serta dalam D’Academy Asia di Indonesia pada tahun yang lalu. Ha kau! Berderau darah Bang Toyib kan?

 

Untuk Anugerah Pilihan Popular 2016 yang berlangsung di Angkasapuri RTM, baru-baru ini, One Nation Emcees lagi yang bukak jalan. Belakang Parang juga sempat menemubual Mimi. Bila ditanya tentang perkembangan sekarang, Mimi menjawab “Mimi sedang mempromosikan lagu terbaru Mimi yang dihasilkan daripada karya hasil komposer Indonesia selesai Mimi terlibat dalam D’Academy Asia di Indonesia. Mimi dapat 2 lagu iaitu satunya lagu solo dan kolaborasi bersama artis dari Indonesia”.

 

Hurm… Dah buat solo, mula laku kat Indonesia pulak tu. Mesti Mimi dah keluar dari One Nation Emcees kan? Betul tak agak-agak Tina Bukit Batok tu?

 

Mimi manis menjawab, “Eh, One Nation Emcees masih kukuh dan bersama, kami sudah siap beberapa lagu, dan masih berfikir tentang 1 lagi lagu untuk dimuatkan dalam album terbaru”. Oh ada lagi grup tu… Jangan nak pandai-pandai buat spekulasi sendiri tau Jenab! Tak elok!

 

Mimi juga mengatakan yang dia akan ke Singapura untuk mempromosikan single terbarunya. Waaa. Itu yang nak dengar tu. Tak Sabar Belakang Parang nak teropong pakai kanta ajaib nanti. Korang peminat Mimi, boleh sabar eh. Tak lama lagi Mimi sampai. Boleh siap-siapkan diri dan jangan lupa bikin sepanduk.

 

Di Anugerah Pilihan Online 2016 yang telah melabuhkan tirainya, Belakang Parang sempatlah kan, minta Mimi tujukan kata-kata khas untuk peminatnya di Singapura. Maka terimalah ucapannya…“Khas untuk peminat Mimi di Singapura, terima kasih kerana sentiasa menyokong Mimi, nantikan single terbaru Mimi yang akan tembus ke sana, dan Selamat Hari Raya In advance, dan semoga semuanya dalam keadaan baik-baik selalu”.

 

Mimi One Nation Mcees 2

 

Walau apapun, Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga mengucapkan Selamat Datang ke Singapura In Advance. Mimi, janganlah asyik kerja je. Minggu depan tu berehat dan pergi honeymoon. Dia bilang dengan Belakang Parang sejak kahwin November 2015, sampai sekarang belum honeymoon lagi!