Isteri Amy Search marah bila suaminya ditohmah

by

Industri Seni Malaysia digemparkan dengan berita, isteri kepada vokalis kumpulan rock lagenda Search, Norhasniza Hassan meninggikan suara selepas menerima provokasi daripada Yazit. Berdasarkan berita dari Astro Gempak yang Belakang Parang teropong punya teropong, ceritanya bermula begini ye Mak Bedah dan Bonda Temah…

“Yazit ada menghubungi saya beberapa kali tetapi saya tidak menjawab panggilan darinya kerana sedang tidur. Saya baru pulang dari Johor Bahru dan tertidur kerana keletihan. Bagaimanapun selepas saya melihat ‘missed called’ dan mendengar pesanan peti suara daripada Yazit, saya terus menghubungi dia.”

“Saya akui hilang sabar selepas di’provoke’ Yazit yang berkali-kali menyebut Search penipu dan menipu selain mengeluarkan beberapa perkataan yang tidak sedap didengar terhadap suami dan Search. Sebagai seorang isteri, reaksi saya ketika itu adalah untuk mempertahankan maruah suami,” katanya ketika diminta menjelaskan mengenai dakwaan Yazit terhadapnya menerusi laporan polis baru-baru ini.

Walau begitu, Norhasniza, tak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Ya, Belakang Parang suka sikap sebegini ya! Diam lebih bagus.

“Sudah cukuplah tohmahan dan fitnah saya terima selepas berita mengenai laporan polis Yazit itu tersebar. Saya cukup terkilan apabila ada yang turut melibatkan suami (Amy) dan sekolah tahfiznya,” ujarnya ringkas.

Nampaknya, turut terlibat dalam cerita ini iaitu pemain gitar Search,  Nasir Daud menganggap Yazit tidak berhati-hati ketika bertindak.

“Sebelum dia hubungi isteri Amy, dia hubungi saya dahulu dan terus bercakap melulu tanpa bertanya dan usul-periksa. Saya letak telefon kerana saya tidak mahu bergaduh.

“Saya adalah kawan dia yang paling rapat dalam Search dan kami kenal sebelum Search ditubuhkan lagi. Saya tidak sangka dia sanggup menuduh kami melakukan jenayah dan ingin ‘sumbat’ kami yang dianggap keluarga ini ke dalam penjara?”

“Sayalah orang yang hantar duit-duit bayaran kepada dia dan bagaimana dia boleh tuduh kami lupakan dia? Saya tidak tahu nak kata apa kerana…saya betul-betul terkilan dan kecewa dengan tindakan dia,” katanya.

Nasir turut menjelaskan, setiap konsert yang dijayakan akan dibahagikan sama rata dan 20 peratus bahagiaannya pada konsert akan dibayar kepada pemuzik yang menjadi pengganti Yazit. Wah, lumayan juga itu Pak!

“Saya tidak tahu apa yang Yazit mahu sebenarnya kerana dia macam nak musnahkan kumpulan yang dia bina dahulu. Dia sepatutnya bersyukur. Ketika konsert di Istana Budaya dahulu kami beri pada dia RM47,000 walaupun dia hanya main empat lagu sahaja. Kami yang sihat ini masih bekerja dan berkongsi rezeki yang kami dapat bersama dia,” katanya kecewa.

Yazit sebelum ini membuat laporan polis mendakwa berlaku pecah amanah Search terhadap dirinya dan tidak menerima bayaran untuk konsert  35 Tahun Search serta ‘bahagiannya’ yang  lain. Sabar ya ibu-ibu, bapak-bapak sekalian. Nampaknya, sekarang ni cakap jangan sebarang cakap. Sebelum cakap, pandang-pandang. Eh, Belakang Parang! Apa kata, Kita tunggu sajalah mklumat dari polis nanti ya!
Isteri Amy Search

 

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga, sungguh.com ingin memesan, sudah-sudahlah tu. Apa kata, buang yang keruh, ambil yang jernih. Kalau nak marah tu, cuba ingat masa Search mula bertapak, bukan main lagi dia punya susah, semua diharungi bersama. Bila teringat part tu, confirm mengalir air mata, peluk erat masing-masing dan silalah berbaik semula! Gambar: Instagram Amy Search