Raja Farah malas bersolek sewaktu hamil

by

Wah, wah, wah… Belakang Parang teropong pakai kanta ajaib, nampaknya Raja Farah hamil dengan usia kandungan sudah mencecah lima bulan. Tahniah! Raja Farah akui dirinya tidak berdepan dengan alahan teruk di sepanjang waktu mengandung. Walau begitu Bedah ye, beliau lebih gemar bergaya ringkas sahaja, tanpa meletakkan solekan berat pada wajahnya jika ingin keluar. Yang ini Belakang Parang suka. Ye lah kan, apa Mat Salleh kata tu, beauty by nature… Ha kan lebih cantik, menarik, kau memang daboom.

“Saya jadi malas nak pakai cantik. Nak bersolek ringkas pun tak kuasa apatah lagi mengenakan gincu. Saya lebih selesa tidak beriya sangat nak melawa. Suami saya pun tidak berdepan simptom mengidam benda bukan-bukan. Pendek kata, masih terkawal.”

Sambung Raja Farah lagi, “Kalau diizinkan Tuhan, kami inginkan anak lelaki. Saya juga sudah melakukan pengimbasan jantina bayi, tetapi tunggulah dahulu. Biar suprise,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung jantina bayi yang bakal dilahirkan oleh pasangan ini tidak lama lagi. Ah yang ni Mak Ngah pernah pesan, tak kisahlah anak lelaki ke anak perempuan ye, asal anak tu sihat dan sempurna. Yang pasti, semua baby mesti kiut melekiut! :)

Hmmm sungguh seronok lah ya bagi pasangan ini. Ramadhan kali ini confirm sungguh istimewa kerana bakal menimang cahaya mata pertama mereka yang dijangka lahir pada pengujung bulan Ogos. Tetapi bagi Raja Farah, sebolehnya beliau teringin untuk berpuasa penuh walaupun berbadan dua. Eh, boleh ke tu Raja Farah! Jangan pulak nanti puasa yang yang yok tau, pagi pagi bukak periuk! Ahai!!

Raja Farah

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga mengucapkan Tahniah buat Raja Farah! Jaga baby dalam perut baik-baik. Tak solek takpe Mak Ngah, Janji canteeekkk. Muah sikit! Gambar: Instagram Raja Farah