Bazaar Ramadan Yang Dijangka Happening di Singapura!

by

IMG_9887

Salam Ramadan dan selamat berpuasa para pembaca setia Sungguh!

Malam semalam, kami menghadiri pelancaran Media yang disampaikan oleh RoseValley mengenai acara bazaar Ramadan mereka yang bakal diadakan tidak lama lagi. Pelancaran Media tersebut yang juga merupakan acara iftar buat para Media yang hadir, diadakan di restoran Kaw Kaw SG. Barisan Media dari Singapura dan Malaysia diberikan informasi mengenai acara CelebFest dan juga diberi peluang menemuramah beberapa selebriti yang turut hadir di pelacaran media tersebut.

Chef Siti Mastura, SNAP Balloons & Party Services, Bookuu dan Giovani Homme merupakan di antara penjual yang hadir pada malam semalam dan mereka sempat berkongsi sedikit sebanyak tentang barangan yang akan mereka jual di acara bazaar Ramadan CelebFest 2016.

IMG_9960

“Ia adalah satu penghormatan besar bagi saya. Acara sebegini adalah sesuatu yang kita perlukan kerana orang harus tahu yang selebriti juga mempunyai bisnes sendiri dan saya sokong RoseValley dalam menganjurkan acara yang menggabungkan 3 negeri,”kata Chef Siti Mastura dari Siti’s Delights.

CelebFest 2016 merupakan acara bazaar Ramadan terbesar dan sungguh happening di Singapura yang membawakan jenama-jenama terkemuka serta jenama-jenama selebriti dari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Acara bazaar Ramadan ini bertujuan untuk memudahkan perbelanjaan buat persiapan Hari Raya di bawah satu bumbung yang dipenuhi artis-artis dan fesyen terkini. Ia juga ingin menarik lebih ramai orang untuk berbelanja di satu kawasan yang penuh kemeriahan dan tiada tandingan di antara para penjual. Dan yang paling penting sekali, keuntungan yang diperolehi dari acara ini juga akan didermakan kepada tabung amal TAA.

Sungguh amat menyokong dan mengalu-alukan acara bazaar Ramadan ini kerana acara sebegini memberi kesan yang baik terhadap masyarakat Melayu. Ia adalah satu inisiatif yang baik bagi mengumpul dana bagi tabung amal TAA yang memerlukan sokongan dari orang ramai terutama sekali dari masyarakat Melayu. Tambahan pula, acara ini dapat mengumpulkan masyarakat kita dalam memberi sokongan kepada kaum sendiri untuk sentiasa mencapai kejayaan dalam bidang penjualan.

Sungguh menarik acara CelebFest 2016 dan team Sungguh berharap supaya acara bazaar Ramadan CelebFest 2016 berjalan dengan lancar. Nantikan liputan media dari Sungguh!

Maklumat bazaar Ramadan CelebFest adalah seperti berikut:

Tarikh: 17 – 19 Jun 2016
Masa: 10 pagi – 10 malam
Tempat : Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre Halls 401 – 402