Awal Ashaari Sekeluarga Kini Sedang Menunaikan Umrah

by

Belakang Parang teropong punya teropong pakai teropong ajaib buatan Malaysia, Awal Ashaari sekeluarga telah berangkat ke tanah suci Mekah bermula pada 12 sehingga 22 Jun ini, bagi menunaikan ibadah Umrah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah. Yang mencuit hati peminat Schawal, mereka turut bawa Ratu Kecil Instagram, Lara Alana, anaknya itu! Sungguh comel Lara pakai telekung, tahu tak Bonda Temah! Kalau dah bawa Lara Alana, haruslah pembantu mereka pon ikot sekali. Untunglah kan? Rombongan tersebut turut disertai oleh ibu bapa Scha dan Awal. Wah! Sekapal abang Awal bawak ke Tanah Suci ye bang…

 

Tentulah banyak foto-foto yang dikongsikan untuk peminat mereka di Instagram. Korang peminat Schawal dan Lara sila google ya! Belakang Parang puasa. Tak larat tau nak tepek banyak gambar kat sini.

 

Sebenarnya Mak Eton, Scha Alyahya dan Awal Ashaari telah memasang niat menunaikan umrah sejak bergelar suami isteri empat tahun lalu. Awal menganggap ada hikmah menanti selepas rancangan mengerjakan umrah tertunda, tiga tahun lalu. “Pada mulanya, kami tidak merancang membawa Lara disebabkan dia masih kecil. Tetapi kami tidak sampai hati meninggalkannya terlalu lama. Ini membuatkan keputusan kami berubah pada saat-saat akhir dan kami turut membawa bersama pengasuh”. Walaupun pergi lambat dari waktu yang dirancang, eloklah tu. Dapat bawa Lara Alana yang sungguh kiut-miut tu sekali. Biar lambat, asalkan selamat, ye dak?

 

Namun, di bulan Ramadhan yang barakah ini, ada juga cakap-cakap, pandang-pandang yang membuatkan Belakang Parang terfikir. Kita semua suka tengok keluarga bahagia ini menunaikan Umrah, mengerjakan solat, mendekatkan diri dengan Ilahi. Indah sekali. Tetapi jangan tidak tahu ya. Ada juga isteri yang sedih bila menatap gambar begini. Kerana mungkin dapat suami yang tidak pernah solat, yang hidup jauh dibuai duniawi. Berkeinginan menunaikan Umrah bersama keluarga? Tidak sekali. Lelaki sebagai ketua keluarga ya, didiklah keluarga untuk mencintai agama Islam. Bukan sekadar berseronok di dunia sahaja. Dunia yang sementara. Masih belum terlambat untuk berubah. Buat para isteri yang terasa hati dengan sikap suami yang seperti Belakang Parang jelaskan tadi, di bulan yang mulia ini, bertahajudlah kepada Ilahi, berdoa bersungguh-sungguh semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati alam rumahtangga yang dibina bukan sekadar di dunia, namun yang hakiki di akhirat. Dah Kak Nab, jangan sedih-sedih ya.

 

Awal Ashaari

 

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga, sungguh.com ingin doakan ibadah mereka berjalan dengan lancar disana dan mendapat seribu satu keberkatan bulan Ramadhan. Gambar: Instagram Awal Ashaari