Shuib Hadiahkan Siti Sarah Rumah Baru!

by

Adududuh Sayang. Semakin lama semakin kuat cinta yang dibuktikan oleh pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu untuk Siti Sarah Raisuddin, 32 tahun, penyanyi yang kini semakin berseri-seri Belakang Parang peratikan… Mana tidaknya, Shuib telah menghadiahkan sebuah rumah baru kepada isteri tercintanya itu di mana membuatkan Siti Sarah begitu teruja dan terasa begitu dihargai. Rumah baru sempena melahirkan anak ketiga Jah oi! Kau hado?

Belakang Parang rikki laman instagram milik Siti Sarah, dia telah memuatnaik beberapa keping gambar dia dan anak-anak pergi melawat rumah baru mereka berkenaan. Yang bestnya apa tau, caption di gambar berbunyi:

“Setiap kali aku melahirkan anak si suami pasti akan bagi hadiah… Tapi pelik tahun ni ingatkan tak bagi hadiah. Tapi tahun ni hadiah paling besar dia bagi RUMAH .. Syukur di bulan mulia ni dapat hadiah paling besar. Syukur Alhamdulillah @shuibsepahtu thank you LOVE,” tulis Siti Sarah di Instagramnya.

Mak Bedah kalau nak tau, Siti Sarah sebenarnya bukan tak tahu menahu atau tak ambil tahu tentang rumah barunya tu, dia tahu suaminya ada membeli rumah. Cuma dia tak menyangka rumah yang sudah siap diubahsuai itu akan dihadiahkan kepadanya. Ha, gitu…

Turut memberitahu pihak wartawan Malaysia, dia menjadi kelu apabila suaminya pelawak Shuib membuat kejutan dengan menghadiahkannya sebuah kondominium berkembar sebagai tanda penghargaan kerana melahirkan anak ketiga mereka Ariq Matin pada November tahun lalu.

“Kebiasaannya setiap kali saya melahirkan anak, suami akan memberikan saya hadiah tetapi untuk anak ketiga ini, dia senyap sahaja. Tetapi saya memang tidak pernah menyangka untuk anak ketiga ini dia memberikan hadiah paling besar iaitu sebuah rumah”.

“Alhamdulillah ini dikatakan berkat bulan Ramadan dan tiada kata dapat saya lafazkan kerana menjadi kelu dengan tindakannya itu,” katanya ketika dihubungi wartawan Malaysia baru-baru ini.

Dalam pada itu, ada juga selingan cerita sedih ya Joyah. Sarah berkata, apabila suaminya memberitahu tentang rumah berkenaan dia terkenangkan bagaimana Shuib pernah menitiskan air mata ketika mereka mula-mula berpindah ke rumah sewa selepas berkahwin. Katanya, Shuib terkilan tidak dapat menyediakan keperluan lengkap untuk dirinya memandangkan ketika itu karier seninya baharu sahaja bermula. Tisu mana tisu… babak ni Belakang Parang pilu. Tapi inilah realiti kehidupan pasangan yang baru berumahtangga. Ada tu, masih menumpang di rumah ibubapa ya tak?

“Jujurnya saya tidak pernah memandangnya kerana harta dan sebab itu saya langsung tidak kisah apabila suami tidak dapat menyediakan kelengkapan yang selesa untuk kami ketika awal perkahwinan dahulu. Tetapi tangisannya kerana tidak dapat memenuhkan ruang dalam rumah ketika itu membuatkan hati saya terusik dan tidak pernah meminta apa-apa daripadanya,” ujarnya.

Nampak benar Sarah seorang isteri yang redha serta baik dan Shuib pula seorang lelaki yang bertanggungjawab selain sentiasa memastikan keperluan keluarganya didahulukan berbanding diri dia sendiri. Orang tua kata apa tau, boleh buat suami. Ha, sebab tu perempuan-perempuan, cari calon suami jangan memandang rupa! Ingat tu pesan Belakang Parang. Tepek dalam otak padat-padat ya.

Keadaan Di Malaysia sekarang ni, jangan tak tau ya Mak Jah. Harga rumah-rumah mula meroket naik harganya. Semua sudah menjangkau RM 600 – 700 k. Siapa yang memiliki rumah, tak kira lah kondominium ka, rumah lelong ka, rumah mampu milik ka, dah dikira hebat dan berjayalah tu. Sarah bersyukur kerana, rumah berkenaan adalah bukti kerja keras suaminya itu selama ini dalam memberi kehidupan selesa kepada mereka sekeluarga.

Potpet banyak pon tak guna. Bila nak pindahnya? “Insya-Allah kami akan berpindah pada Sabtu ini ke rumah baru dan dapatlah berhari raya di sana nanti,” katanya. Aww… Sungguh sweet!

Siti sarah

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga nak cakap ni, Memang bertuahlah badan Siti Sarah sebab dapat suami yang romantik dan bertanggungjawab seperti Shuib. Kami doakan semoga pasangan ini hidup bahagia sampai bila-bila. Korang tu ha, jangan kutuk rupa orang. Kejayaan dunia akhirat, tidak semata-mata bersandar pada rupa tahu! Gambar: Instagram Siti Sarah Raisuddin