CHEF SITI MASTURA: Dikenali Di Singapura, Malaysia dan kini Australia

by

Baru-baru ini krew Sungguh berpeluang menemuramah seorang Chef yang namanya tidak asing lagi dalam industri membuat pastri dan masak-memasak, Chef Siti Mastura! Chef Siti yang sentiasa kekal anggun dan menawan ini telah berkongsi sedikit tentang perkembangan beliau di dalam bidang yang diceburinya selama lebih dari 15 tahun ini, serta perkembangan salah seorang ahli keluarganya yang sangat membanggakan.

Screen Shot 2016-06-24 at 2.53.13 pm

Bakat dan kemahirannya amat dihargai para peminat dan penyokong di serata dunia. Selain daripada mengajar di Baking School yang beliau tubuhkan sendiri di Singapura dan Malaysia, beliau juga turut dijemput oleh bangsa asing untuk berkongsi kemahirannya dalam membuat kek dan kuih di balai rakyat dan juga di sekolah-sekolah menengah Singapura.

Kemasyhuran kemahiran dan nama Chef Siti Mastura ini melonjak sehingga ke Australia, di mana beliau ditawarkan peluang untuk menjalankan sebuah sesi membuat kuih bersama sekumpulan peminatnya yang bertempat di sana. Bukan itu sahaja, beliau juga sempat bertemu dan berkenalan dengan Dato’s Fazley dan Dato’ Siti Nurhaliza selepas menubuhkan Baking School di Malaysia. Wah! Sungguh hebat Chef Mastura kita ni ya!

Screen Shot 2016-06-24 at 2.51.27 pm Screen Shot 2016-06-24 at 2.51.54 pm

Beralih kepada perkembangan keluarganya pula, anak perempuan Chef Siti Mastura telah berjaya mengikut jejak langkah ibu tersayang. Sarah Samsul Ariffin, satu-satunya anak perempuan beliau, telah dipilih menjadi juri bagi sebuah rancangan realiti memasak bertajuk Hero Oven yang bakal disiarkan di saluran TV3 pada bulan Ogos 2016.

“Sudah semestinya saya amat bangga kerana selama beliau ‘living under my shadow’ dan hanya dikenali sebagai anak saya sahaja. Jadi dengan rancangan ini, dia akan dikenali sebagai Chef Sarah,” ujar Chef Siti Mastura tentang pencapaian anak perempuannya.

Screen Shot 2016-06-24 at 2.52.35 pm

Screen Shot 2016-06-24 at 2.55.12 pm

Anak bongsunya pula, Syabil, baru sahaja tamat pengajian di Politeknik Temasek dan kini sudahpun menjalankan perkhidmatan negara.

Akan tetapi, setiap yang naik tentu ada turunnya. Anak sulung beliau pula, Shakir, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sebulan yang lalu dan menyebabkan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun, beliau yang bakal bergelar ayah itu berasa amat bersyukur kerana masih diberi peluang meneruskan kehidupan di samping keluarga tersayang sebelum kelahiran cahaya mata yang pertama.

Screen Shot 2016-06-24 at 2.52.15 pm

Apabila dilihat dari akaun Instagram Chef Siti Mastura, beliau sentiasa tampak ceria di setiap gambar yang dikongsikan, walaupun berdepan dengan liku-liku kehidupan yang tidak pernah dijangka.

Krew sungguh berasa amat terharu dengan semangat seorang ibu seperti Chef Siti Mastura yang sentiasa menyokong dan berada di sisi keluarga walaupun sibuk dengan kerjayanya. Dengan itu, kami dari Sungguh mendoakan yang terbaik dan tabik atas kejayaan yang dikurniakan buat keluarga Chef Siti Mastura!