Beraya Bersama Presiden Pertama Singapura

by

Syawal semakin menjelang! Sungguh! excited untuk memulakan perbelanjaan hari raya tahun ini. Buat mereka yang sudah berniat ingin berbelanja di ExpoRaya yang bakal diadakan tidak lama lagi, jangan terlepas peluang bergambar bersama Presiden Pertama Singapura, Presiden Yusof Ishak. Jangan terkejut, maksud Sungguh anda dapat bergambar bersama “Wax Figure” Presiden Yusof Ishak yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka bernama Madame Tussauds Singapura.

Madame Tussauds merupakan sebuah syarikat yang terkenal secara antarabangsa dengan tarikan lilin mereka. Mereka juga telah membuka sebanyak 19 tarikan lilin di seluruh dunia setelah diasaskan lebih dari 200 tahun yang lalu.

“Wax Figure” Presiden Yusof Ishak akan berada di Expo SIngapura sempena acara ExpoRaya yang akan diadakan di Expo Singapura bermula 30 Jun ini. Anda yang ingin ke sana dapat bergambar dengan Presiden Yusof Ishak yang amat dihormati dan dikenali rakyat Singapura, sambIl berbelanja sakan di ExpoRaya.

Madame Tussauds SG - Yusof Ishak Figure - 2Kredit: Madame Tussauds Singapore

Yang paling menarik sekali, anda juga dapat merebut peluang memenangi sepasang tiket ke Madame Tussauds Singapura yang bernilai $78 untuk bergambar bersama personaliti Hollywood seperti Leonardo Dicaprio, pemain bola terkenal Singapura Fandi Ahmad dan ramai lagi!

Madame Tussauds SG - Yusof Ishak Figure - 1 Kredit: Madame Tussauds Singapore

Untuk memenangi sepasang tiket berikut, anda hanya perlu mengambil gambar bersama Presiden Yusof Ishak di ExpoRaya dan memuatnaikan gambar tersebut dengan hashtag #MTSSingapore dan #Exporaya2016 dari 2 hingga 3 Julai 2016. 5 pemenang bertuah akan dipilih setiap hari. Setiap tiket yang dimenangi termasuk kemasukan ke Madame Tussauds Singapore, perjalanan bot Spirit of Singapore dan Images of Singapore LIVE.

Peluang Bergambar bersama “Wax Figure” Presiden Yusof Ishak (Percuma)

Tempat: ExpoRaya (Expo Singapura Dewan 4)

Tarikh:  2 dan 3 Julai 2016 (ExpoRaya diadakan dari 30 Jun hingga 3 Julai 2016)

Masa: 10 pagi hingga 12 tengah malam

Bagi mereka yang terlepas peluang bergambar bersama Presiden Yusof Ishak di ExpoRaya, jangan risau kerana anda masih berkesempatan bergambar bersamanya. “Wax Figure” Presiden Yusof Ishak yang akan mendondonkan pakaian tradisional Melayu, akan berada di Madame Tusssauds Singapura yang terletak di Sentosa dari 6 Julai hingga 10 August 2016.

Jumpa anda di Expo Singapura dan kami ingin melihat anda bergambar bersama Presiden Yusof Ishak sempena hari raya tahun ini!