Sazali mempertahankan Allahyarham P. Ramlee daripada ditohmah David Teo

by

‘Kehidupan merempat’ adalah kenyataan pedas David Teo terhadap Allahyarham Seniman P. Ramlee yang mencetuskan punca amarah kepada Selebriti seantero Malaysia dan peminat seni tanah air. Haiya tokey, sebelum u cakap aaa, u kasi fikir dulu aaa, sulah jadi ini macam aaa, u manyak susah tau!

Setelah ramai selebriti tampil mempertahankan Allahyarham, kini giliran anaknya sendiri iaitu Sazali P. Ramlee menjelaskan keadaan. Haruslah Bedah kan, sebagai anak confirmlah rasa sedih bila bapanya yang sudah tiada di keji dengan kata-kata penghinaan seolah-olah merendahkan imej Seniman Agung itu. Nampak jugak seperti menjatuhkan martabat bangsa Melayu. Kita yang dengar ni pon, usap dada, tepuk dahi sambil cakap… Apaa la David Teo dah buat ni?

Menurut Sazali ketika ditemui Berita Harian, bapanya sentiasa memastikan anak-anak mendapat makanan, pakaian dan keperluan asas yang cukup sehingga hari pemergiannya. Kata Sazali, “Selama saya lahir hingga ayah meninggal dunia ketika usia saya 15 tahun, belum pernah kami miskin atau tidak makan. Buat pengetahuan semua, sepanjang saya tinggal dengan bapa, kami anak-beranak diberi kehidupan yang sangat sempurna. Cukup makan pakai, malah bapa saya juga sentiasa menghulur bantuan kepada orang lain yang meminta pertolongan daripadanya tanpa mengharapkan sebarang balasan”.

Sazali juga berharap David Teo dapat menziarah pusara Allahyarham P. Ramlee dan meminta maaf di kubur Seniman Agung itu. Sambung Sazali lagi, “Kakak angkat saya, Dian, ada memaklumkan kepada saya David Teo menghubunginya bagi meminta maaf. Bagi saya, anak arwah yang masih hidup tentu tiada masalah memberi kemaafan, tetapi bagaimana dengan bapa saya? Rasanya lebih bagus kalau dia sendiri ke kubur P. Ramlee”.

Ah Siang dan Mei Ling dah tonton belum dokumentari Allahyarham P. Ramlee? Belakang Parang sudah. Dalam dokumentari itu, ada menunjukkan kehidupan Seniman Agung itu amat menyedihkan di hujung waktunya. Makan nasi putih dan telur sahaja. Juga kehidupan di Bukit Bintang turut disebut. Nampak macam ada beberapa fakta daripada anak P. Ramlee sendiri yang tidak selari di dalam dokumentari tersebut. Harap-harap, ada dokumentari baru diterbitkan untuk memperbetulkan persepsi orang ramai terhadap Seniman Agung ini. Kita bercakap tentang P. Ramlee wahai Kiah Bedok, lagenda yang mencuit hati dan masih segar di ingatan kita sehingga kini. Boleh tolong respect tak?

 

Sazali P Ramlee

 

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga berharap isu ini segera reda dengan mencapai kata sepakat yang padu daripada kedua belah pihak. Cakap-cakap, pandang-pandang ya! Gambar: www.mstar.com.my