Suami & Ina Naim tolak vaksin untuk anak-anak

by

Seantero Malaya kini kecoh pulak dengan isu vaksin. Holoh holoh holoh, korang kan Malaysian… Lepas satu, satu tau nak carik pasal. Jangan marah all Malaysian people naaa… Belakang Parang saja gurau. Gurau kasaq lah katakan. Eh ha! Tu diaa cerita baru! Kalau Cik Kiah Ronggeng Bedok North nak tau kan, bekas ahli kumpulan In-Team, Suhaimi Saad, suami kepada Ina Naim yang merupakan mantan kekasih kepada Mawi (Singaporean bedek ah tak kenal Mawi), membuat pendedahan bahawa keempat-empat anaknya tidak pernah menerima suntikan imunisasi vaksin malah menjadikan bacaan al-Quran sebagai penawar. Betul ke tidak ni??

“Empat orang anak saya tidak divaksin. Saya tak suka. Tapi anak orang lain, terpulang. Tiada halangan. Bila anak sakit, saya ambil air dan bacakan ayat al-Quran. Beri minum atau sapu pada tempat sakit,” tulisnya di salah satu posting di Facebook milik Suhaimi.

Kiah, kau tau tak Kiah, pengakuan yang dimuat naik itu telah menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen. Posting berkenaan telah dikongsi lebih tiga ribu kali dan menerima tanda ‘like’ lebih daripada 12 ribu!

Yang sebenar terjadi baru-baru ini di Malaysia, statistik Kementerian Kesihatan sehingga penghujung Jun menunjukkan 13 kes disahkan difteria dengan melibatkan lima kes kematian dari seluruh negeri di Malaysia. Kes ini ada kaitan dengan keculasan ibubapa mengambil vaksin untuk anak-anak mereka yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Nak tau tak kenapa culas? Sebab awal tahun lalu, 2015, kecoh seantero Malaya mengatakan vaksin mengandungi… mmm apa kata sopan yang nak Belakang Parang sebut eh. Ala binatang tu sungguh sensitif di Malaysia tau. Aduh kusut jugak Belakang Parang nak story kat peminat Belakang Parang ni. Kecoh katanya ada DNA Khinzir dalam vaksin. Ha.. molek sikit bunyik kan? Itu yang ibubapa Malaysia mula culas mengimunisasikan anak. Ha.. gituww Kiah. Faham ke tidak Kiah??

Suhaimi Saad, juga menjelaskan keluarganya tidak mengambil sebarang ubatan dari klinik atau hospital, dan cuma memilih untuk berubat jika “darurat”. Mereka cuma bergantung kepada menyusukan anak dengan susu ibu selama dua tahun, dan memberi tahnik dengan kurma dan madu. Mereka cuma mengamalkan makanan yang dianggap “sunnah”, seperti jintan hitam yang juga dipanggil habbatus sauda yang dikatakan “dapat mengubati segala penyakit”. Wah… bagus jugak tau, cara yang diamalkan tu. Jelas, keluarga ini menjadikan Rasullullah S.A.W sebagai rujukan hidup keluarga mereka. Joyah tanak cuba amalkan ke?

Selain itu menurutnya, beliau cuma tawakal kepada Allah, malah langsung tidak mengambil sebarang polisi insuran untuk keluarganya. Wah… kelas!

Hmm gitulah cerita keluarga pada kali ni. Ada golongan anti-vaksin. Ada golongan pro-vaksin. Terserah pada uolls nak tergolong dalam golongan mana. Ada tu Belakang Parang perhatikan, berlumba-lumba ye korang ye, jadikan media sosial sebagai luahan dan mencurahkan pandangan dan pendapat. Kadang-kadang sampai bergaduh pon ya jugak tau. Yang seronok tu anak kecil tak tau apa, yang ibubapa sibuk berperang, menegakkan cara keluarga merekalah yang paling tepat dah harus diikuti oleh semua. Kihkihkih…

 

Ina Naim

 

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga.

sungguh.com nak tahu jugak, korang parents, berada di golongan yang mana?