GELAGAT COMEL: Pernikahan Nadiah M Din dan Bilal Jean Pierre

by

Tahniah kami ucapkan kepada mempelai yang sama cantik dan sama padan iaitu Nadiah M Din dan Bilal Jeanpierre yang telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz akad nikah oleh si pengantin lelaki! Sungguh! amat terharu apabila dijemput ke majlis pernikahan mereka berdua yang diadakan semalam pada 14 Ogos 2016, di The Colonial at Scotts.

Beginilah suasana persekitaran di majlis pernikahan Nadiah dan suaminya Bilal bersama keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan mereka.

IMG_0034
Potret senyum manis kedua mempelai dihiaskan di luar ruang majlis mereka, sungguh cantik!

IMG_0023
Para tetamu yang hadir di majlis mereka jugak sempat menuliskan ucapan tahniah melalui buku ucapan yang tersedia khas di meja penyambut tetamu.


Senyuman manis terukir di wajah Nadiah M Din ketika tetamu menyambut kehadirannya ke dalam ruang akad nikah.

IMG_0160
Wajah kedua ibu dan anak menantikan lafaz akad nikah dari Bilal Jeanpierre. Nadiah pasti rasa gemuruh dan berdebar tak terhingga!


Saat sesudahnya melafaz akad nikah, Nadiah mencium tangan suami tersayang yang disaksikan oleh keluarga, rakan-rakan dan pihak media. Awww!

IMG_0253
Nadiah kelihatan sungguh gembira ketika cincin disarungkan ke jari manisnya.


Masanya untuk menunjukkan jari yang telahpun disarungkan cincin perkahwinan.

IMG_0297
Bilal memberikan ucapan buat para hadirin yang hadir di majlis mereka dan yang paling menyentuh hati ialah apabila beliau bermohon agar para tetamu juga mensedekahkan doa kepada Arwah ayah Nadiah, M. Din.


Keluarga Nadiah dan Bilal sibuk berposing untuk kamera.


Comel sungguh pose keluarga dan rakan-rakan Nadiah M Din!


Selfie satu!

IMG_0350
IMG_0411
Terakhir sekali, inilah rakan-rakan yang merupakan bridesmaid dan groomsmen kepada Nadiah dan Bilal. Mereka terdiri dari teman baik dan saudara-mara yang telah bertungkus lumus membantu kedua pasangan ini dalam persiapan perkahwinan mereka.

Sungguh sekali lagi ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada Nadiah M Din dan Bilal Jean Pierre atas pernikahan mereka. Semoga mahligai yang dibina sentiasa kukuh dan bahagia selalu!