Program Realiti Khas Lara Oh Lara untuk Lara Alana

by

Yo yo yo Mak Kiah Ronggeng, tak tahu cerita ke? Ni ha… Anak pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana, dah buat program terbaru iaitu Lara Oh Lara (LOL), untuk slot eBu setiap Rabu, jam 9.30 malam di saluran 104, Astro Ria dan saluran 123, Astro Ria HD. Rancangan itu baru saja bermula dari 17 Ogos 2016. Bukan main lagi ya Lara. Diam-diam dah menapak dan merangkak ke industri hiburan sama seperti Mummy Daddy Lara. Ha ni, 1 lagi keunggulan yang anak selebriti lain tak boleh lawan iaitu Lara Alana telahpun mencatat sejarah apabila pengikutnya mencecah 2.1 juta di Instagram dan lebih 1 juta di Facebook! Tahniah! Wah.. Kagum betul Belakang Parang dibuatnya. Kecik-kecik dah pandai buat duit ye nak. Buat duit banyak-banyak ye nak…

Ye lah Mak Kiah, dengan adanya program baru ni, bolehlah 1 blok Mak Kiah tengok gelagat si comel Lara ni bukan setakat kat instagram je kan? Tekan TV saluran Astro, dah boleh tengok Lara Alana dengan aksi-aksinya yang mencuit hati dan sentiasa menjadi perhatian ramai. Eh, Belakang Parang dengar, bukan setakat Malaysia, tetapi Lara Alana terkenal beb kat negara serantau dan juga di Eropah kerana memiliki raut wajah yang comel di samping telatahnya yang manja. Ha gituww…

Lara Alana

Menerusi program ini jugak, penonton bolehlah mengikuti perkembangan Lara sambil menyelidik lebih banyak aktiviti berbeza berbanding apa yang dikongsi di laman sosial selama ini.

Jangan miss wahai sekalian peminat Lara Alana! Program ini akan bersiaran selama 13 episod dengan membawa anda menerokai kehidupan berwarna warni Lara Alana, yang terkenal sebagai seorang anak selebriti yang mempunyai sifat ingin tahu dan periang, selain memaparkan mereka sekeluarga berhadapan dengan pelbagai situasi menarik. Menarik yang macam mana tu? Ha… Kenalah tengok!

Lara Alana

Gambar: Instagram Lara Alana

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga confirm korang enjoy dengan telatah Lara Alana.

Link ni, adalah link Episod pertama yang telah dipertontonkan di saluran Astro. Enjoy!