Siti Nordiana Beli Rumah Mewah Untuk Keluarga Secara Tunai?

by

Betul ke penyanyi popular yang kembali mekar di hati peminat seni tanah air Malaysia iaitu Siti Nordiana atau Nana, 31, beli rumah khas untuk keluarga secara tunai? Rumah jenis apa tu ya? Amboi, banyaknya duit Nana beli cash Mak Temah oii! Terbeliak bijik mata Belakang Parang dengar, tahu?

Namun, dipetik dari sumber berita Harian Metro, Nana menafikan khabar angin yang mendakwa dia membeli rumah mewah secara tunai. Sebelum ini, Nana jugak menolak keras khabar angin mengatakan Nana minta bayaran lebih untuk setiap persembahan. Ada jugak yang mengatakan Nana mula kekwat @ sombong. Ye ke korang ni? Sedap mulut je kan… Tak baik tau. Belakang Parang teropong pakai kanta ajaib, Hmmm nampak benar banyak cubaan menjatuhkan reputasi penyanyi yang mula beraja di hati peminat. Tak baik, tak baik, tak baik, berdosa kalau buat fitnah, tanpa usul periksa. Yang Mak Temah pon satu, tak tahu hujung pangkal, Viral…

Nana ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia menganggap berita itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu berikutan namanya kini kembali popular. “Cerita itu tidak benar sekali kerana saya belum berkemampuan membeli rumah, apatah lagi yang harganya sangat tinggi. Apabila gosip ini tersebar, ada yang menganggap ia serius memandangkan saya sudah terkenal,” katanya. Memang ye dah terkenal, Belakang Parang bukak mana-mana channel tv, semuanya terpapar muka Nana. Bukak radio, dengar suara Nana. Boleh pengsan tau tak? Tapi dah namanya rezekinya Nana. Datang menjengah di usia senja… Ye tak kiah?

Menurut penyanyi lagu Memori Berkasih ini, hadiah kemenangan musim kedua Gegar Vaganza sebanyak RM100,000 juga tidak mencukupi membeli sebuah rumah.

Siti Nordiana

Gambar: Instagram Siti Nordiana

“Kalau fikir secara logik, wang itu mana mencukupi membeli rumah,” katanya.

Bahayanya sebarkan gossip korang ni! Rezeki masing-masing tak boleh nak persoalkan ketentuan tuhan. Terus beri sokongan kepada Nana, hargailah kedatangannya dalam industri seni setelah lama menyepi.

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga berharap Nana jangan cepat melatah. Biasalah adat resam Industri hiburan, cuit-cuit sikit, gerenti ada!