Tempat Makan Hipster Menarik Di JB (Part 1)

by

Hai korangs, harini Belakang Parang baik hati tau. Meh Belakang Parang share dengan korang semua termasuklah Mat Mat Rep Singapore, Kakak Glamour, Abang Sado, Cik Kiah Ronggeng Bedok North, yang selalu sentap tak tau nak makan kat mana bila turun JB. Belakang Parang share tempat-tempat makan hipster menarik di JB yang harus, harus, harus korang singgah kalau ke JB. Pemilihan kafe ni adalah berdasarkan citarasa anak muda dan dari perhatian Belakang Parang sendiri menilai ke‘hipster’an yang terkandung dalam restoran-restoran tersebut. Lagi satu, Belakang Parang memang saja bagikan korang senarai restoran yang menghidangkan kepakaran dalam menu yang berbeza-beza, so korang taklah boring dengan menu yang sama tiap restoran kan? Ha gituww…

Senanglah kerja Mak Bedah ye, datang JB tinggal waze je alamat yang Belakang Parang kasi tu. Belakang Parang tak kisah wei. Janji korang happy dan balik dengan perut yang kenyang. Okay, Lets Go!

 

1) IT Roo Cafe

IT Roo Café adalah kafe yang terkenal dengan tagline ‘The Best Chicken Chop In Town’. Kafé ni memang otai. Dan rasa, keenakan masakannya jugak sama, tak berubah ditelan zaman. Memang sedaplah makanan kat sini sesedap tagline yang ada tu disamping dapat melepak dengan suasana hipster yang tercipta secara lahiriah, tak dibuat-buat beb hipsternya. Tak percaya nanti, korang datang try lepak sini. Korang boleh pilih makanan western atau Nasi Goreng Seafood IT Roo Café yang memang terbaik!

it-roo-cafe-storefront

Kredit gambar: Unwiselane

Alamat: 17 Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor

Buka: 10 am – 9.30 pm tiap hari

Hubungi: +60 12-735 3572

 

2) Chaiwalla & Co. Container Café

Kafe ini dimiliki oleh anak muda yang berjaya. Cakap je nak minum apa daripada Ice Blended atau minuman panas dan sejuk, semua boleh didapati di sini. Chaiwalla sebenarnya menghidangkan beberapa jenis kopi dan teh yang mengancam jiwa! Chaiwalla juga kerap kali disebut-sebut kerana turut menyediakan pastri seperti pai epal, kek dan sebagainya dengan rasa yang cukup enak. Selain itu, ia menyediakan tempat melepak yang mesra remaja turut menjadi kunci kafe ini terus mendapat perhatian anak muda dari serata Malaysia umumnya!

chaiwala

Kredit gambar: Chaiwalla FB

Alamat: Lot 2810, Tan Hiok Nee Street, Johor Bahru

Buka: 10 am – 10 pm tiap hari

Hubungi: Facebook | +60 12-735 3572

 

3) Cookies & Ginger

Okay! Kalau korang nak lepak dengan suasana meriah dengan layanan pekerja diorang yang happening, makanan yang portionnya yang amat banyak, sedap pulak tu. Dah begitu, tempatnya memang fantastik, silalah datang menjamu selera di Cookies & Ginger. Kalau Belakang Parang tak silap, owner memang Orang Singapore. Tapi betul eh, kalau nak makan kat sini, korang kena datang pada waktu yang tidak sesak sebab memang ramai gila orang yang makan kat sini, kadang-kadang sampai jammed. Tapi kerana sedap, portion makanan dan sungguh hispter, kafe ini tetap terpahat di hati peminatnya yang tersendiri.

cookies & ginger

Kredit Gambar: Facebook Cookies & Ginger

Alamat: 107, Jln Adda 3/1, Taman Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Buka: 4 pm hingga 10 pm tiap hari

Contact: Facebook | +60 7-358 7420

 

4) Cats Café JB

Ha, ni berita gembira untuk peminat kucing. Nama restoran ni, sesuai dengan konsep kucing yang diketengahkan tau. Korang cubalah cari masa singgah sini sekali, boleh menikmati makanan sambil cuci mata tengok kucing comel gemuk montel berlari sana sini depan mata korang. Persekitaran yang selesa, tak ada bau-bau kucing atau kucing melompat atas makanan korang, staff yang friendly, lokasi yang mudah nak cari dan senang nak parking. Sesuai untuk family outing atau lepak lepak dengan kawan. Untuk pilihan menu di Cats Cafe memang tak banyak, ianya lebih fokus pada makanan barat seperti chicken chop dan chicken salad. Tapi ada juga light snack seperti kentang goreng ataupun nachos cheese. Yang penting, korang dapat makan sambil menikmati pemandangan yang luar biasa, jarang terdapat di kafé-kafé hipster yang lain. Makan sambil belai kucing, siapa yang tanak cuba ye tak?

Cats Cafe

Kredit Gambar: Facebook Cats Cafe

Alamat: 31A Jalan Abdul Samad Lorong 2C, 80100 Johor Bahru

Buka:  Isnin, Selasa, Khamis hingga Ahad – 1 pm – 9 pm, Tutup Rabu

Hubungi: Facebook | +60 7-207 0399

 

5) The Ice Cream Project

Okay! Belakang Parang selitkan kedai ais krim yang wajib korang singgah. Dah berjalan kat bandar JB, tekak mesti terasa haus ye tak. Apa kata korang singgah The Ice Cream Project, rasai sendiri erti kenikmatan Home Made Ice Cream. Korang akan kagum dengan rasa ais krim dan suasana yang menggamit perasaan. Enjoy!

ice cream project

Kredit Gambar: Ice Cream Project

Alamat: 31 Jalan Dhoby, Johor Bahru 80000, Malaysia

Buka: 3pm – 10pm, Tutup Isnin

Contact: Facebook | +60 7-300 7286

 

Eh 5 je kafe hipster di JB? Relax… Akan datang Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga akan menghidangkan 5 lagi senarai kafe hipster yang lebih moden dan terkini untuk panduan korang yang syok menghargai makanan! Tunggu…