FESYEN: Stor Utama Uniqlo Pertama di Asia Tenggara

by

Buat mereka yang berminat dengan fesyen, Uniqlo kini membawakan stor utama mereka ke Singapura yang menyediakan pelbagai jenis pakaian untuk kemudahan membeli-belah buat pelanggan mereka. Menggunakan ruang sebesar 2,700 meter persegi, Flagship Store ini merupakan yang pertama dibuka di Asia Tenggara dan mempunyai pelbagai faktor yang menarik sekali.

Uniqlo Flagship Store akan dibuka pada 2 September 2016 di Orchard Central dan dibina kepada kedai sebesar 3 tingkat. Ia menyediakan koleksi pakaian terbesar di dalam sejarah perniagaan Uniqlo dan akan menyediakan beg membeli-belah bagi memudahkan pengalaman pelanggan mereka membeli-belah di seluruh kawasan stor yang teramat besar ini.

Bukan itu sahaja, stor ini juga akan menanmpilkan sebanyak 350 patung hiasan bagi menampilkan koleksi-koleksi yang boleh didapati. Yang menarik juga, stor ini juga dibina dengan 286 skrin paparan digital yang merupakan jumlah terbesar alat ini dibina pihak Uniqlo dalam sejarah mereka.

Merarik kan? Sungguh! pasti mereka-mereka yang fashionista pasti tidak sabar nak berkunjung ke sana. Ayuh menjelajah stor yang unik dan besar ini!