Tempat Makan Halal – I AM LEGEND Memang Legend!

by

Anda gemar dengan sesi makan-makan dan ingin mencuba hidangan-hidangan Western di kawasan barat Singapura? Tak usah cari jauh-jauh! Memandangkan ramai pengikut Sungguh.com yang gemar mencuba makanan-makanan di seluruh Singapura, Sungguh! telahpun berkunjung ke sebuah lagi tempat makan yang best dan harus anda cuba.

Ini dia, I Am Legend! I Am Legend adalah sebuah gerai makan yang terletak di tingkat tiga sebuah gudang membeli-belah bernama Big Box. I Am Legend dimiliki Chef Emil Fahmi Hisham, seorang Chef yang berpengalaman sejak muda lagi dan memulakan perniagaan I Am Legend bagi menyediakan hidangan ala barat khusus buat pelanggan mereka.  Dengar-dengar, gerai makan ini terkenal dengan burger mereka yang bukan sahaja sedap dipandang tetapi sedap lagi bila dimakan. Hmm…agak-agak burger apa yang istimewa sekali di sini, eh? Jom ikuti ulasan Sungguh! di ruangan ini dan ketahui hidangan-hidangan yang harus dicuba di I Am Legend!

  1. Messy Joe (Memang Berselerak Burger ni! ;D )

IMG_0753

Burger yang hot selling di gerai I Am Legend ini dinamakan Messy Joe. Kenapa Messy Joe? Lihat sahaja bagaimana burger ini dihiasi dengan keju chedar cair beserta sos buatan sendiri dinamakan “Sos Legend” yang diaduk segar dalam gerai mereka sendiri. Messy Joe mengandungi dua lapisan patti daging, stick keju mozarella, bulatan kepingan bawang dan sos legend. Bagi memberi rasa yang lebih asli dan menyelerakan di lidah kepada patti yang digunakan dalam Messy Joe, Chef Emil menggunakan patti yang diimport dari New Zealand.

Setelah mencuba Messy Joe buat kali pertama, Sungguh! syorkan para pembaca untuk turut cuba. Rugi kalau tak cuba! Patti daging yang digunakan amat manis, empuk dan berjus. Tidak jelak jika makan berseorangan kerana sos legend dan keju yang digunakan menambahkan lagi rasa kepada hidangan ini. Bukan burger sahaja yang tersedia, hidangan ini juga disediakan dengan nachos dan jejari kentang. Puas hati! Kami harap sedap di lidah kami, sedap juga lidah anda, ya?

 2. Beef Basil Pasta

IMG_1078

Bagi mereka yang gemar mencuba makanan-makanan yang pedas tapi lazat, anda harus mencuba Beef Basil Pasta mereka yang merupakan resepi tersendiri Chef Emil yang dibuat dari bahan-bahan mudah seperti cili padi, basil manis, bawang putih dan hirisan daging yang empuk dan menambahkan perisa kepada hidangan ini. Pasta ini datang dengan bahagian yang cukup mengeyangkan. Jika anda bukan seorang yang gemar makanan yang begitu pedas tetapi ingin mencuba, anda boleh membuat permintaan agar dikurangkan pedasnya bagi mengikuti citarasa anda. Bahagian daging yang digunakan Chef Emil pula ialah daging Rib Eye yang lembut dan terasa kemanisan dan empoknya.

3. Turkey Bacon Carbonara

IMG_0840

Hidangan Turkey Bacon Carbonara mereka pula adalah sebuah hidangan yang simple tetapi merupakan hidangan yang digemari ramai. Berbeza sedikit dengan carbonara yang terdapat di cafe ataupun tempat makan lain di merata Singapura, Turkey Bacon Carbonara yang boleh didapati di I Am Legend ini tidak menggunakan telalu banyak krim, namun rasa keaslian Carbonara tetap dikekalkan walaupun tidak terlalu pekat. Sungguh! diberitahu bahawa Chef Emil tidak menggunakan krim dan susu yang berlebihan untuk resepi Carbonara mereka supaya pelanggan tidak akan merasa muak untuk menghabiskan hidangan ini berseorangan. Bukan itu sahaja, bakon belanda yang diadukkan di dalam hidangan ini juga tidak terlalu garing dan menambahkan lagi keenakannya. Dan tahukah anda resipi asli cabonara sebenarnya dari putih telur? Hah! Fakta menarik, kan?

4. Mozzarella Stick

IMG_1048

Selain hidangan utama yang boleh dicuba, I Am Legend juga menyediakan hidangan sampingan untuk mereka yang ingin mencuba cemil-cemilan di sini. Hidangan sampingan yang Sungguh! telah cuba ialah stik Mozzarella mereka yang cukup rangup dan enak. Tepung yang disalutkan stik Mozzarella mereka tidak begitu tebal dan rasa Mozzarella mereka begitu pekat hingga membuatkan anda ingin terus makan dan tidak berhenti mengunyah.

Selain daripada hidangan-hidangan yang dijual di I Am Legend, Sungguh! juga telah dapat mencuba kek-kek yang boleh didapati di gerai mereka. Mereka menyediakan beraneka jenis kek yang dapat memikat deria rasa anda sejurus anda mencuba kek-kek tersebut.

Rainbow Cheesecake

IMG_0967

Kek pertama yang kami cuba adalah Rainbow Cheesecake I Am Legend. Sungguh! mendapat tahu bahawa rainbow cheesecake mereka berbeza dibanding dengan rainbow cheesecake yang dijual oleh para peniaga yang lain. Kek ini mempunyai 7 perisa yang berbeza. Warna merah berperisa Vanila Strawberi, warna biru berperisa Beri Biru, ungu terang berperisa Taro, ungu gelap berperisa Anggur, hijau berperisa pandan, oren berperisa oren dan kuning berperisa lemon. Apa yang lebih menarik tentang kek ini ialah jika anda mencuba rainbow cheesecake ini dan diminum dengan secawan teh, anda akan dapat merasakan perisa karamel. Jika diminum dengan secawan kopi pula, anda akan dapar merasakan perisa butterscotch. Ini kerana gabung perisa-perisa yang terdapat di dalam cheesecake ini. Tak percaya? Cubalah sendiri!

Cempedak Cake

IMG_0996

Buat para penggemar buah cempedak pula, kek ini sesuai buat anda! Kek ini mempunyai rasa cempedak yang manis dan dibuat dari buah cempedak yang asli. Dihiasi dengan krim putar di atas kek tersebut, kek ini juga lembut dan mudah dikunyah. Sekali dicuba, tentu anda mahu lagi!

Snickers Chocolate Cake

IMG_1039

Jikalau anda juga penggemar coklat, I Am Legend menyediakan kek berperisa coklat snickers di gerai mereka. Snickers dikenali dengan isi karamel masin yang disaluti dengan lapisan coklat. Kek snickers I Am Legen juga tidak berbeza dari kerana ia merupakan kek coklat yang berisikan karamel masin dan krim coklat yang tidak begitu manis. Sungguh! pasti mereka yang mencuba akan mula menggemari rasa kek ini. Dan jika anda bukan seorang penggemar kacang, tidak perlu risau kerana kacang-kacangnya dihias khas di atas kek supaya mereka yang tidak boleh memakan kacang boleh mengetepikannya secara sendiri.

Teh Tarik Cheesecake

IMG_0930

Terakhir sekali, kek yang boleh didapati di I Am Legend adalah Teh Tarik Cheesecake mereka. Kek ini mempunyai rasa teh tarik yang asli dan pekat yang membuatkan anda suka akan rasanya. Ia tidak terlalu manis dan memuakkan.

Jadi anda tunggu apa lagi? Menuju ke I Am Legend begitu mudah sekali! Anda boleh menaiki MRT dan berhenti di stesen Jurong East kemudian berjalan dari pusat membeli-belah JEM dan terus menuju ke Big Box melalui jambatan yang tersedia di petengahan kedua pusat ini. Anda juga dapat membeli-belah di gudang Big Box yang menawarkan pelbagai jenis barangan rumah bagi kemudahan anda dan kemudian anda boleh menjamu selera di I Am Legend.

Bukan itu sahaja, Big Box juga menyediakan musollah buat para pelanggan yang ingin menunaikan solat ketika membeli-belah.

Jika anda ingin merehatkan kaki dan badan setelah letih membeli-belah, tempat duduk untuk anda mengurut badan anda juga tersedia di setiap tingkat di Big Box.

Berkunjunglah ke Big Box buat kemudahan membeli-belah yang menyenangkan dan kemudian berjamu selera di gerai I Am Legend yang terletak di tingkat 3! Jangan lupa cuba hidangan-hidangan yang telah Sungguh! syorkan di atas tau! Selamat mencuba!