Hijrah itu mudah, Istiqamah itu susah: Felixia Yeap

by

Felixia Yeap, bekas model Playboy yang kini sudah memeluk Islam dengan membawa nama Raisyyah Rania, berkata ‘Hijrah itu sebenarnya mudah, Istiqomah itu yang susah’. Betul tu. Belakang Parang sokong.

Kenapa Felixia cakap macam tu eh? Hmm… Kalau Kak Salmah Bukit Batok nak tau, gini ceritanya… Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita yang aneh dan begitu jarang terjadi di Malaysia. Satu tu, kisah seorang artis tempatan yang bertindak membuka kembali tudung selepas berhijrah. Dah begitu, artis ini menegakkan dirinya sendiri dengan kenyataan-kenyataan yang dinyatakan ke media. Artis itu juga mendapat perhatian daripada netizen sehingga ada yang memberikan kritikan terhadap artis itu. Tak perlulah Belakang Parang sebut namanya, sila google dan nilaikan sendiri ya. Sorry, Belakang Parang tak berminat nak cerita tentang artis itu. Heh! Artis tu mungkin lupa dia asalnya Malaysia. Tak tau ke Orang Malaysia macam mana haaa? Asal bola datang, mesti kena lambung punya. Jaga-jaga tau Mak Salmah!

Sehari selepas artis itu buka tudung, Malaysia sekali lagi dikejutkan pulak dengan berita seorang jutawan tempatan yang sudah kembali ke pangkal jalan (Elok-elok dah jadi lelaki semula) kemudian berubah kembali menjadi mak nyah seperti asalnya. Perkara itu juga mendatangkan pelbagai kritikan dari netizen. Ini pun korang google ya. Oh please… I, No komen tentang hal sebegini rupa.

Kedua-dua kisah itu menjadi perbualan hangat netizen. Berapi-api, berasap-asap, berduyun-duyun orang komen dan share kisah itu, viralkan. Ustaz muda, para ilmuwan, sejarahwan, pengkritik amatur, semua bertikam lidah berdebat tentang isu yang berlaku itu. Fuh, sakit jugalah kepala Belakang Parang membaca komen-komen yang dilemparkan.

Disinilah kelibat Felixia Yeap, tampil berkongsi kepayahan hijrahnya dari seorang model bukan Islam kepada seorang muslim yang comel molek bertudung. Dan sampai sekarang, beliau masih lagi berjaya mengekalkan imej tersebut. Bagus Felixia. Masih atas paksi jalan yang benar, Insya Allah diredhai Allah SWT.

Mari Belakang Parang kongsikan, apa yang ditulis dari dalam hati Felixia Yeap. Apa yang ingin disampaikan oleh Felixia Yeap adalah berhijrah itu memanglah sesuatu yang mudah tetapi apa yang susah adalah Istiqomah. Korang geng Mak Jemah rambut merah, jangan nak sentap dengan Belakang Parang pula ye. Eh, bukan! Sentap dengan Felixia… Hehehehe.

Hayati perkongsian dari Felixia Yeap di Status Facebook miliknya :

Benarlah bila orang berkata…hijrah itu sebenarnya mudah.

Istiqomah itu yang susah.

Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh berita tentang seorang saudari dan seorang saudara kita yang melambai kain putih tanda mengalah di pertengahan jalan penghijrahan mereka.

Mengejutkan?

Benar, tetapi pada masa yang sama, saya teramat memahami apa yang mereka lalui.

Saya turut mengalami perkara yang sama, setiap hari. Tetapi bagi saya, saya cuba lalikan diri saya daripada tohmahan, makian dan sindiran manusia.

Bagi saya, banyak lagi perkara yang penting dalam hidup ini untuk dibuat…daripada hanya cuba memuaskan hati dan menutup mulut manusia yang tidak menyumbang kepada penghijrahan kita.

Yang hanya tahu mencari kesalahan dan aib kita walaupun kita sedang berusaha menjadi lebih baik.

Misalnya, menjaga keluarga kita, mencari rezeki yang halal, membuat kerja amal, melebihkan dan menyempurnakan ibadah, etc etc.

Tidak perlu kita terlalu mengambil berat apa yang negatif yang keluar dari manusia yang sentiasa berfikiran dan mengucap yang negatif sahaja.

Fokuskan pada yang positif.

Fokuskan pada yang membina.

Fokuskan pada yang ikhlas.

Istiqomah itu terlalu susah, saya tahu.

Tetapi hijrah dan Hidayah itu juga teramat mahal dan berharga. Tidak semua dikurniakannya.

Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri, dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya.

Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang.

Kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf.

Tetapi itulah manusia.

Namun cubalah sedaya upaya, kekalkan pendirian untuk berhijrah…bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT.

Kalau tak boleh Hijrah laju-laju, hijrah lah slow slow.

Lebih baik perlahan tetapi istiqomah…daripada laju tetapi cepat mengalah.

Bagi yang suka menyindir, berburuk sangka, memfitnah dan menghasut orang-orang yang berusaha untuk berhijrah…bertaubatlah.

Mulut tu Allah SWT berikan untuk mengucap yang baik-baik sahaja.

Biarlah syaitan-syaitan sahaja yang buat kerja mereka tu.

Kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu.

Daripada bekas model P*****y ini.

Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqomah.

Berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah.

Felixia Yeap

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga mendoakan semua yang dalam stage berhijrah tak kisahlah hijrah nak jadi baik, hijrah nak dekatkan diri dengan tuhan atau sebagainya. Mudah-mudahan terus kekal istiqamah yakni usaha yang berterusan ke arah kebaikan! Gambar: Instagram Felixia Yeap