Fara Fauzana redha tak jadi kahwin

by

Salam Malaysia Singapura semua! Hari ini Belakang Parang bawa satu perkabaran yang kurang enak untuk halwa telinga Mak Bedah dengar. Walau apapun, berita sahih ini memang amat memeranjatkan dunia hiburan seni tanah Malaysia. Begini ceritanya, hasrat personaliti tv popular, siapa tak kenal dengan Fara Fauzana, untuk berkahwin hancur musnah! Sebelum ini Fafau ada membuat pengumuman bakal berkahwin pada 17 September ini. Namun, di ketika ini, ia dikatakan tidak kesampaian apabila majlis berkenaan dibatalkan. Kesian, Fafau. Bawa bertenang ya Fafau.

Fafau atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsi olehnya. Ok, tak apa. Yang itu kami faham. Mak Tam jangan nak tanya banyak kali ye, kenapa tak jadi? Kenapa tak jadi? Ehh… Nanti Belakang Parang piat telinga tu! Orang tengah sedih. Jangan nak tanya bukan-bukan eh. Tolong bagi semangat dan kerjasama, faham? (Eh, Belakang Parang punya tone suara macam cikgu disiplin pula!)

“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan. Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online baru-baru ini.

Mak Yah dan Bedah Pasir Ris pun fahamkan yang keputusan itu adalah sesuatu yang betul-betul sukar untuk dibuat. Bayangkan lagi beberapa hari, mereka sepatutnya bakal diijabkabulkan.

Katanya, setelah memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya selain memohon petunjuk daripada Allah, membincangkan bersama orang tua dan keluarga terdekat, keputusan dibuat itu adalah terbaik.

“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti,” katanya.

Fafau juga menambah, kenyataan yang dibuatnya itu secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir pihak media yang barangkali sudah menghidu berita berkenaan.

Tak apalah Fafau, bawa berehat, pergilah melancong mana-mana, tenangkan jiwa dan perasaan yang gundah gulana itu. Belakang Parang dan rakyat marhean Singapura faham, Fafau sekarang ni tengah stress melalui situasi yang amat sukar dan sudah tentu perlukan ruang untuk menenangkan fikiran. Ya silakan, take your me time.

“Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media. Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,” tambahnya.

Fafau

Belakang Parang dan satu-satunya majalah hiburan online Singapura untuk seisi keluarga mendoakan yang baik-baik untuk si keletah Fara Fauzana. Kalau dah jodoh, tak kemana. Jangan risau. Ha Bedah, jangan ingat ini gambar Fafau dengan future husband pulak. Itu bapanya Fafau Bedah oi! Jangan main gila haa!
Gambar: Instagram Fara Fauzana