RESTAURANT DI JOHOR: BUKAN UNTUK MAT & MINAH MOTOR SAHAJA!

by

Hello salam satu Malaysia Singapura! Apa bising-bising tu Kak Maria Sentosa? Apa? Tak tahu nak makan kat mana bila turun JB? Tak mengapa, minggu ini, Belakang Parang payung 1 nama kedai makan yang boleh korang datang dan cuba. Itulah, dari dulu lagi Belakang Parang dah pesan, lain kali dapat boyfriend Singapore tu, rajin-rajinlah ride motor, cari tempat makan best macam ni…. Cafe Racer JB! Memang gempak! Kalau tak percaya, jom kita review satu per satu kisah di sebalik nama Cafe Racer ini…

Cafe Racer by Grillbar terletak di Jalan Pingai, Taman Pelangi, Johor. Lokasi memang strategik memandangkan ianya terletak berdekatan kawasan bandaraya Johor Bahru. Tapi, kalau korang masuk dalam kafe ini, duduk, hayati kiri kanan, belum cerita bab makan lagi eh… Perghh, memang macam bukan kat restoran biasa-biasa kat JB tu. Macam di kedai motor pun boleh jadi perasaannya tu. Sekali-sekala makan sambil rasa duduk kat kedai motor yang bersih, cozy, memang chill sungguh! Interior and the atmosphere is so good! Sebenarnya Cik Kiah, inilah yang ingin diketengahkan oleh pemilik sendiri yang mahukan konsep dan dekorasi dalaman restoran yang bila masuk je, korang akan cakap, “We’re not in JB, guys!” Ok owner. Part tu awak lulus! Kipidap!

       

Belakang Parang nak story sikit, kalau nak tahu, pemilik restoran ini adalah merupakan bekas Chef terulung dan bekerja di salah sebuah restoran di Singapura. Kemudian, beliau bernekad pulang ke Johor dan buka Restoran sendiri. Maka terciptalah restoran yang makanannya ya ampun, sedap belaka. Cheflah katakan! Pemilik restoran ini pula memang minat dengan motor. Kalau masuk dalam restoran ni, barang-barang motor semua ada termasuklah beraneka jenis topi belangkong. Mak Som takkan tak tahu topi belangkong tu apa kan?

Let’s talk about the food. Part makan, tentu Pak Tam nak tau kan, manu apa yang sedap benar di Cafe Racer ni. Macam-macam ada Pak Tam oi, terutamanya makanan western. Food and presentation memang WallahMain course, drink dan dessert semua sesedap belaka! Tengok sendiri persembahan makanan yang korang tempah pun dah pasti terasa nikmat kesedapannya!

Salad rangup ini dinamakan South-Western Taco Salad. Dirumus khas dengan isi ayam, telur rebus, ditaburi dengan Cili Jalapeno dan beberapa ramuan dan sos khas menjadikan rasanya lain dari yang lain.

IMG_2149

Waaa… Strawberry Milkshake yang sejuk dan rasa masam manis dan berlemak sungguh mengujakan! Kalau datang ke Cafe Racer, kena cuba milkshake tau. Marvelous!

Ozzy’s Fried Cheese yang harus dicuba. Bebola keju ini mengandungi cheddar, mozzarella, parmesan.

Premium Steak juga adalah main course yang patut korang rasa. Berbaloi dengan harga!

Bad’s Steak Burger merupakan burger 100% home made. Dan haruslah 100% halal. Checked! Mesti cuba guys!

image1

Habis dah review kali ni. Next time, Belakang Parang akan buru mana lagi tempat makan yang best sangat di Johor atau mana-mana kota di Malaysia untuk orang Singapura cuba. Korang tinggal bawa perut dan waze je, okay? Ha, tunggu apa lagi tu Kak Maria Bedok? Jomlah kita menjamu selera di Cafe Racer JB! Jangan lupa cuba hidangan-hidangan yang telah Belakang Parang dan team Sungguh! syorkan di atas tau… Selamat mencuba!