MUSLIM OWNED – OVERRUN: Ais Krim Soft Serve Chendol Durian di Singapura

by

Bulan lepas, Sungguh telah mencuba tempat-tempat makan yang menyediakan hidangan ala-ala western. Kali ini anda nak tahu Sungguh berkunjung ke mana pula? Bagi menyediakan jenis-jenis makanan yang beraneka buat anda semua, kali ini Sungguh telah mencuba tempat-tempat yang menyediakan pencuci mulut yang begitu unik, yang kami pasti anda semua akan terus serbu hujung minggu ini!

Jika anda seorang yang sering berkunjung ke Arab Street ataupun Masjid Sultan, singgahlah ke kedai yang dinamakan Overrun. Overrun merupakan sebuah kedai yang terletak di 18 Baghdad Street yang menyediakan Ais Krim Soft Serve yang ditubuhkan tahun lepas pada bulan Disember oleh Puan Ain dan sepupu beliau Tuan Abdul Basyir. Kami diberitahu bahawa Tuan Abdul Basyir telah mendapat idea membuka bisnes ais krim soft serve setelah pulang dari melancong secara backpacking di negara Eropah dan mendapati bahawa ais krim ini teramat popular di situ dan ingin membawa idea bisnes ais krim sebegini ke Singapura.

Dengan itu, Sungguh! ingin memperkenalkan 7 perisa ais krim yang tersedia di Overrun buat anda semua yang gemar mencuba pencuci mulut yang unik dan beraneka jenis!

Ais Krim Chendol

  ..IMG_1772
IMG_1793

Menurut pemilik Overrun, ais krim Chendol dikatakan perisa kegemaran pelanggan mereka jika berkunjung ke sini. Maklumlah, Chendol dikenali sebagai sebagai pencuci mulut tradisional yang terdapat di merata Singapura. Apabila dijadikan kepada ais krim, semakin disukai ramai nampaknya. Ais krim Chendol di Overrun mengandungi gula melaka asli yang telah dicairkan dan dijadikan sebagai toping ais krim ini dan bukan gula melaka sahaja yang dikandungi tau. Malah ais krim ini juga mengandungi pandan jelly dan kelapa parut yang menambahkan lagi rasa asli perisa Chendol.

Ais krim Chendol ini mempunyai rasa manis yang memadai dan bahagian ais krim dan kandungan gula melaka, pandan jelly dan kelapa parut di dalam dan luaran juga disediakan secukupnya. Sekarang baru Sungguh! faham mengapa para pelanggan sanggup menunggu dan berbaris di luar kedai mereka untuk mencuba ais krim di Overrun. Ini kerana, bila anda sudah cuba untuk pertama kali anda pasti akan mengidam untuk mencubanya untuk kali kedua dan seterusnya! Hehehehehe! Kalau tak percaya, cubalah sendiri.

DURIAN CHENDOL

   IMG_1891IMG_1886

Perisa yang ini pula agak sama dengan perisa Chendol. Tetapi perbezaannya? Yang ini mengandungi durian! Haaaa siapa penggemar buah durian di sini? Jika anda ingin rasa yang sedikit lain dari chendol biasa, anda boleh mencuba ais krim Chendol Durian mereka. Ais krim ini mempunyai kandungan yang sama seperti ais krim chendol tetapi ditambahkan puri durian yang asli. Kalau anda sedang mengidam durian, berkungjunglah ke Overrun dan nikmati ais krim chendol dengan tambahan durian yang akan memikat deria rasa anda. Bau duriannya juga aduhhhhh, menusuk! Bagi yang tidak gemar dengan durian, kami nasihatkan, anda tunggu sahaja di luar gerai dan buat pesanan ais krim soft serve melalui kawan anda sahaja, ya?

NUTELLA

 IMG_1508

IMG_1519

Yang ini pula perisa kegemaran anak-anak muda sekarang! Apa-apa makanan yang mengandungi nutella atau berperisa nutella pasti sesuatu yang harus dicuba kerana memang tak rugi. Inilah ais krim berperisa Nutella yang juga boleh didapatkan di Overrun. Ais krim ini mengandungi sos coklat dan kacang yang menambahkan lagi rasa kepada perisa ini. Jika dimakan, memang dapat dinikmati rasa Nutella yang membuatkan anda tidak boleh berhenti makan sehingga habis satu cawan yang dipenuhi ais krim ini!

RED VELVET

     IMG_1587

IMG_1595

Jika anda pernah mencuba red velvet cupcake atauapun kek red velvet, kali ini anda harus mencuba ais krim red velvet pula. Sungguh! mendapat tahu bahawa ahli-ahli Overrun telah bekerja siang dan malam hingga ke pagi untuk mencuba dan eksperimen resipi-resipi bagi setiap perisa yang tersedia di kedai mereka. Jadi, perisa ini juga telah dicuba berkali-kali bagi mendapatkan rasa yang perfect dan sedap buat anda semua.

Ais krim Red Velvet ini mengandungi cecair cheesecake dan marshmallow sebagai toping yang menghiasi dan mencantikkan lagi rupanya. Ia juga mempunyai rasa red velvet yang asli dengan campuran resipi tersendiri oleh pemilik Overrun. Perisa ini merupakan salah satu dari perisa kegemaran pelanggan mereka juga kerana keunikan rasanya yang dicampur aduk dengan marshmallow dan cecair cheesecake. Jika anda tidak gemar dengan marshmallow, anda juga boleh meminta topping lain seperti fruity pebbles, granola, coco pops dan bermacam-macam lagi!

BANANA SALTED CARAMEL

      IMG_1704

IMG_1725

Perisa ais krim ini pula dinamakan Banana Salted Caramel. Perisa yang simple tetapi mempunyai gandingan kandungan yang padat dan menyelerakan. Seperti yang anda dapat lihat, perisa ini mengandungi sos salted caramel buatan Overrun sendiri dan biskut caramel yang sudah dikisar sebagai toping dan hiasannya. Yang membuatkan ia lebih sedap lagi adalah isi pisang yang sudah dipotong dan ditaburkan di dalam dan luaran ais krim ini. Ais krimnya pula berperisa vanila yang membuatkan rasanya simple tetapi sedap dimakan dengan kandungannya yang beraneka jenis.

Mocha Chip

.   IMG_1634

IMG_1660

Bagi yang gemar dengan kopi pula, Overrun juga menyediakan ais krim berperisa Mocha. Perisa ais krim mocha di Overrun mengandungi sos coklat yang ditaburkan cip coklat dan coklat putih. Ia mempunyai rasa kopi yang tidak begitu pekat dan tidak begitu manis, sungguh sesuai untuk dimakan berseorangan atau dikongsi dengan seorang teman. Ia diperbuat dari serbuk kopi yang asli dan tiada perisa tiruan yang dicampur adukkan kepada ais krim ini. Jadi jika anda perlukan sedikit kopi untuk dinikmati semasa berkunjung ke Baghdad Street, jangan lupa singgah ke kedai Overrun dan cuba ais krim Mocha Chip mereka!

BANDUNG

   IMG_1834

IMG_1824

Perisa terakhir yang Sungguh ingin memperkenalkan ialah perisa terbaru yang anda boleh dapatkan dari Overrun iaitu ais krim Bandung yang mereka baru lancarkan beberapa minggu lalu. Ia mempunyai rasa bandung yang asli buatan ahli Overrun sendiri dan mengandungi buah laici dan cincau sebagai toping ais krim ini. Ais krim Bandung overrun ini tidak mengandungi sos kerana kami diberitahu bahawa rasa bandung lebih sedap dimakan dengan buah-buahan yang mereka campurkan. Kami gemar rasa ais krim bandung di sini kerana rasanya sama seperti minuman bandung, tetapi dijadikan kepada ais krim soft serve yang jarang boleh didapatkan di Singapura. boleh dikatakan kreatif mereka, ni!

Dengan itu, berakhir sudah ulasan dari Sungguh! dan kami harap anda telah mendapat sedikit sebanyak informasi yang bermanfaat dari artikel ini. Overrun terletak di 18 Baghdad Street yang berdekatan dengan Masjid Sultan dan Kampong Glam Cafe. Ingin kami maklumkan bahawa perisa-perisa ais krim di Overrun akan bertukar ganti setiap minggu dan anda boleh mendapatkan lebih informasi dan kemas kini dari akaun Instagram mereka. Selamat mencuba!