ZULOS CAFE: WAFFLES DAN CHURROS BERANEKA JENIS DI SINGAPURA

by

Kalau minggu lepas Sungguh! sudah membuat ulasan ais krim soft serve, kali ini kami mencuba pula sebuah kafe yang terdahulunya terletak di daerah clementi tetapi baru-baru ini kafe tersebut telah berpindah ke Syed Alwi Road. Hmm kafe apa yang Sungguh! maksudkan ye?

Ini dia Zulos Cafe! Zulos Cafe merupakan sebuah cafe yang simple tetapi mempunyai pelbagai jenis desserts yang tersedia buat para pelanggan mereka. Zulos Cafe telah beroperasi selama setahun dan milik seorang pemain bola sepak Singapura iaitu Zulfadhli Zainal dan isterinya Nur Sherillin Mohamed. Di kafe ini ada waffles, churros, pizza, milkshake dan macam-macam lagi! Zulos Cafe terletak di 200-1 Syed Alwi Road dan stesen MRT terdekat ialah stesen Farrer Park. Nak tahu makanan apa yang telah Sungguh! cuba di kafe ini? Teruskan membaca kerana Sungguh! ingin berkongsikan 4 jenis makanan yang harus dicuba di Zulos Cafe.

Kinder Bueno Waffle

     

IMG_1942
IMG_1953
IMG_1967

Menu pertama yang Sungguh! ingin syorkan kepada anda semua adalah perisa waffle mereka yang paling hot sekali di kafe ini. Kinder Bueno waffles di Zulos Cafe adalah di antara kegemaran pelanggan mereka. Kalau anda ke Zulos Cafe tetapi tidak mencuba Kinder Bueno Waffles mereka, memang rugi lah! Seperti yang boleh dilihat, hidangan ini sangat berwarna-warni dan sungguh menarik perhatian. Ia ditaburi biskut penghadaman dan sos kacang hazel resipi tersendiri pemilik-pemilik Zulos Cafe. Yang lagi best ialah hidangan ini termasuk ais krim beperisa vanila atau coklat. Memang jarang sekali untuk mendapatkan dessert yang berperisa kinder bueno, betul tak? Selain dari Kinder Bueno Waffles, mereka juga ada perisa waffle yang beraneka jenis seperti Ondeh-Ondeh Waffle, Cookies & Cream Waffle dan banyak lagi. Jadi kalau anda ingin mencuba, singgahlah ke Zulos Cafe!

ALA MODE CHURROS

 
IMG_1992

Baru-baru ini, snek churros semakin happening di Singapura dan digemari ramai. Churros adalah snek yang memang mudah untuk dibuat tetapi ada cara-cara tertentu untuk mendapatkan Churros yang cukup lembut atau rangup bila dimakan. Dari itu, anda harus mencuba Churros di Zulos Cafe kerana mereka menghidangkan pelbagai jenis perisa Churros seperti Cookies & Cream Churros, Milo Malt, Thai Iced Tea, Caramell’o’ dan bermacam-macam lagi! Bagi mereka yang tidak gemar mencuba perisa-perisa tersebut, anda juga boleh mencuba Churros Ala Mode mereka seperti yang dipaparkan di atas yang tidak mempunyai sebarang perasa dan secawan sos coklat yang diasingkan.

SIGNATURE RED VELVET MILKSHAKE

  
IMG_2041

Seterusnya, kalau di Overrun anda boleh mandapatkan ais krim soft serve, di Zulos Cafe pula anda boleh mendapatkan Milkshake Signature Red Velvet. “Ianya seperti memakan cucpake Red Velvet tapi dalam bentuk minuman,” kata pemilik Zulos Cafe.  Nampaknya perisa Red Velvet ini sunggu popular ya? Ada cupcake, ais krim, milkshake dan bermacam-macam lagi. Sungguh! ingin mengulas tentang rasa minuman ini pula. Minuman Signature Red Velvet ini memang sedap, boleh terasa Nutella dan susu yang digunakan dan ia tidak terlalu manis. Padanlah ramai yang gemar minum minuman ini, harganya juga tidak begitu mahal dan secawan minuman ini yang dihidangkan boleh dikongsi oleh 2 orang.

LASAGNE

  
IMG_2053
IMG_2094

Di Zulos Cafe, anda bukan sahaja boleh mencuba waffles and churros yang ada. Malahan kafe ini juga menyediakan beraneka jenis makanan seperti kek, piza dan juga lasagne. Bercakap tentang lasagne, Sungguh! mendapat peluang mencuba beef lasagne Zulos Cafe yang diperbuat dari sos tomato resipi mereka tersendiri. Setelah mencuba hidangan ini, Sungguh! setuju bahawa sos tomato yang digunakan pada lasagne mereka adalah faktor yang membuatkan rasanya berbeza dari lasagne yang boleh didapatkan di tempat makan lain. Jadi kalau anda lapar dan tidak pasti ingin ke mana, datanglah ke Zulos Cafe dan cuba hidangan-hidangan unik yang tersedia di sini.

Berakhir sudah ulasan Sungguh! buat Zulos Cafe! Kafe ini terletak si 200-1 Syed Alwi Road, memang mudah untuk dicari. Ia juga berdekatan beberapa Masjid iaitu Masjid Abdul Gafoor dan Masjid Angullia. Bukan itu sahaja, ia juga berdekatan dengan Mustafa Centre. Kalau anda sedang sibuk membeli-belah di Mustafa Centre, jangan lupa singgah ke Zulos Cafe untuk menghilangkan dahaga atau mengalas perut ya. Selamat mencuba dan hashtag #zulos di instagram!