Pakej Perkahwinan Khas Grand Hyatt

by

Adakah anda sedang mencari hotel yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda? Sebuah tempat yang selesa, luas, gah dan, yang penting sekali, halal serta kumudahan bersolat yang terjaga.

Tidak banyak hotel yang menawarkan makanan dan tempat yang Halal. Ini pasti memerlukan banyak persiapan yang kadang-kala merunsingkan. Usah bimbang! Kini, Grand Hyatt mempunyai pakej perkahwinan istimewa untuk tahun 2017.

Grand Hyatt telah menyediakan pakej khas ini untuk pasangan anak muda yang ingin berkahwin pada tahun ini. Pakej ini mempunyai pelbagai khidmat yang tersedia untuk pasangan-pasangan yang berminat.

Menu makan malam yang mewah akan dihidangkan oleh cef-cef di Grand Hyatt. Terdapat pelbagai hidangan yang anda boleh pilih seperti masakan orang Cina, Barat, India serta Melayu. Set invidu untuk para tetamu yang tidak memakan daging juga boleh disediakan berdasarkan harga pakej. Makanan-makanan ini semua dijamin Halal.

Selain daripada makanan, terdapat jamuan bebas untuk minuman ringan, jus oren, teh ais laici dan air limau merah jambu. Cef-cef di Grand Hyatt akan menyediakan hidangan pilihan anda untuk dicuba sebelum hari persandingan yang tersedia untuk hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Ia juga termasuk pada hari cuti umum dan sehari sebelum cuti umum. Para pasangan akan menerima kek persandingan tiga tingkat yang akan dihiaskan khas untuk mereka. Ini baru pengalaman yang menarik!

Pasti ramai yang akan menempah beberapa baju untuk hari istimewa ini. Oleh itu, Grand Hyatt akan menyediakan bilik untuk menyalin pakaian anda. Kalau lapar semasa menunggu, snek-snek juga akan disediakan untuk para pasangan yang akan bersanding. Selain itu, anda boleh menggunakan ruang solat yang tersedia semasa majlis pernikahan. Pakej ini termasuk penginapan selama dua malam di bilik Grand Suite dan kredit digunakan semasa penginapan! Muai!

Khidmat layanan seperti pemandu valet untuk kereta pengantin dan pelayan-pelayan juga akan disediakan. Ini termasuk kad perkahwinan tanpa harga pencetakan, dan kupon letak kereta. Meja makan, laluan yang menghala ke pentas dan tempat persandingan akan dihiasi dengan bunga-bunga segar. Anda juga diberi peluang untuk memilih alas meja, peralatan makanan, berkat dan buku tetamu. Kalau ingin ikut perkahwinan ala Orang Barat, sebotol jus berbuih dan skrin untuk tayangan video istimewa akan disediakan. Fuh! Ini baru namanya romantik!

Anda boleh memilih satu antara empat lokasi yang disediakan oleh Grand Hyatt mengikut kepada jumlah tetamu yand dijemput. Lokasi-lokasi ini boleh menempatkan beberapa tetamu dengan 10 orang di setiap meja. Lokasi-lokasi ini adalah Grand Residence (150-260 tetamu), The Gallery (200-340 tetamu), Grand Salon (250-320 tetamu) dan Grand Ballroom (300-360 tetamu). Maklumlah, lagi ramai tetamu, lagi meriah tempat itu.

Jika anda mengambil pakej perkahwinan khas ini, anda akan menerima pelbagai hadiah esklusif daripada Grand Hyatt. Oleh itu, jangan teragak-agak untuk mengambil pakej ini!

Untuk lebih maklumat tentang pakej ini:

Grand Hyatt Singapore
10 Scotts Road
Singapore 228211
Nombor telefon: +65 6738 1234