5 tarikan di STAR WARS FESTIVAL 2017

by

IMG_8338

IMG_8997              IMG_8552  

May the 4th Be With You. Yoda. Luke Skywalker. Han Solo. Nama-nama dan frasa yang tidak asing lagi kepada peminat Star Wars. Sungguh! kali ini berpeluang untuk pergi ke Star Wars Run untuk jalan-jalan dan feeling-feeling jadi watak Star Wars gitu.

Jadi, apa yang anda boleh lihat di Star Wars Festival?

1. Gerai-gerai menjual barang-barang Star Wars

IMG_8446

IMG_8452

IMG_8453

Jika anda ke Star Wars Festival, mana-mana anda pergi pasti akan lihat beberapa gerai yang dibawakan khas oleh peminat-peminat Star Wars Singapura yang menjual barangan Star Wars. Antara barang-barang yang dijual adalah beg,
“light saber”, cawan, “light saber chopstick”, baju T dan sebagainya. Jika anda peminat Star Wars yang hendak membeli barangan Star Wars tetapi tidak tahu mana hendak dibeli, datanglah ke gerai-gerai menjual barangan Star Wars di sini!   Bukan itu sahaja, barangan Star Wars yang dijual di sini kelihatan lebih murah dari kedai luar yang menjual barangan Star Wars. Pelbagai macam barangan dijual disini. Pendek kata, There is something for everyone!

2. KOLEKSI PEMINAT SENI

 

IMG_8980

IMG_8443

IMG_8440

IMG_8501

IMG_8504

IMG_8742

Jika anda peminat seni atau gemar mengumpul mainan-mainan kecil, di sini terdapat sebuah tempat yang dikhaskan untuk pameran kecil mainan-mainan Star Wars. Para peminat Star Wars Singapura akan membawakan anda acara-acara menarik seperti demonstrasi permainan Star Wars, serta pameran khas untuk mainan-mainan kecil Star Wars. Peminat Star Wars Singapura dari beberapa kumpulan seperti Rebel Legion dan Fight Saber juga akan memakai pakaian Star Wars. Anda boleh membawa pulang gambar-gambar bersama watak-watak ini dan wang yang dikumpulkan akan didermakan kepada KKH Health Endownment Fund. Jadi, bolehlah berseronok sambil membuat amal ya?  Star Wars juga da tempt has until kanak-kanak kecil membuat kraft tangan seperti membuat kraf tangan Chewbacca.

Sungguh! merasakan ini adalah salah satu cara yang baik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat. Pada yang sama, pengunjung dapat membantu KKH Health Endowment Fund. Orang cakap “a small donation goes a long way” kan? Walaupun anda membeli sesuatu yang murah, ini tak bermakna ia tidak akan menolong mereka yang susah.

3. Penampilan Khas watak Star Wars – Chewbacca dan Kylo Ren

via GIPHY

IMG_8511

IMG_8420

IMG_8386

IMG_8701

IMG_8957

Berita baik! Kedua-dua watak Star Wars ini yang dikenali ramai akan berada di Star Wars Run dan anda tidak harus melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama mereka. Ini adalah penampilan pertama mereka di Asia Tenggara jadi ayuh jangan lepaskan peluang anda bergambar bersama mereka! Tidak kira mana mana side anda berada – Dark Side atau Light Side – ini adalah salah satu peluang yang anda tidak harus lepaskan.

Apabila Chewbacca dan Kylo Ren hadir di pentas Star Wars, kedengaran suara-suara kanak-kanak memekik dan memanggil nama nama watak-watak tersebut. Ini menunjukkan mereka amat gemar dengan watak-watak ini. Sungguh! lihat bahawa ibu-bapa dan kanak-kanak yang berada di sana amat gembira kerana berpeluang berinteraksi dengan watak-watak kegemaran mereka. Ketika sesi “Meet & Greet” Sungguh! lihat bahawa ada dua baris untuk peminat mengambil gambar dengan Kylo Ren dan sebaris lagi untuk Chewbacca. Apa yang mungkin kurang selesa ialah barisan itu kelihatan tidak teratur dan ini boleh membuat orang berasa keliru.

Di festival ini juga anda dapat melihat orang ramai memakai pakaian watak-watak Star Wars seperti Storm Troopers, Luke Skywalker dan juga Darth Vader. Mereka yang memakai pakaian ini semua peramah-peramah kelak jadi anda juga boleh bergambar bersama mereka (jangan lupa light saber anda).

4. Garden Rhapsody – Edisi Star Wars

via GIPHY

IMG_9024

IMG_9088

IMG_9090

IMG_9080

Jika Gardens By the Bay ada acara tarikannya iaitu Garden Rhapsody, di Star Wars Festival pun ada Garden Rhapsody nya sendiri. Lampu-lampu yang ada pasti akan membuat anda semua terpesona. Oleh kerana inikan acara Star Wars, tak lengkap kalau tidak ada lagu tema Star Wars kan? Garden Rhapsody ini bukan sahaja akan tamat bila acara Star Wars Run selesai. Garden Rhapsody Star Wars Edition ini akan berlangsung sehingga 2 Jun! Kalau anda tidak ada masa untuk melihatnya pada 4-6 Mei ini, anda boleh datang bila-bila masa sehinggalah 2 Jun ini.

Apabila melihat Garden Rhapsody ini, kami berasa amat tertawan dengan kecantikkan lampu-lampu yang dinyalakan di Super Grove. Bertemankan dengan lampu-lampu ini, ia dimainkan bersama lagu tema Star Wars yang popular, malam anda di Super Grove tak akan sia-sia. Jadi, datanglah tengok Garden Rhapsody ini.

5. Lampu-Lampu SaberTrees

IMG_9042

IMG_9059

IMG_9058

IMG_9061

Yang terakhir sekali, Star Wars tak akan lengkap tanpa cahaya lampunya atau lebih dikenali sebagai “light saber”. Bila malam, pokok-pokok di Gardens By The Bay akan menyalakan lampu seperti Lights Saber. Lampu-lampu yang dinyalakan ternyata amat cantik sekali. Melihat lampu-lampu ini akan membuatkan anda berasa terpesona.

IMG_8599

Akhir sekali, Star Wars telah berkembang selama 40 tahun dan SUNGGUH! merasakan bahawa demam Star Wars ini tidak akan luput dalam masa terdekat ini. Kami harap acara sebegini akan kerap diadakan di Singapura kerana ianya dapat membuat masyarakat Singapura berkumpul menikmati masa terluang bersama setelah lelah bekerja dan bersekolah.

Fun times are the best times!