David Teo ditampar oleh Mat Over di hadapan PM Seri Najib Razak

by

Seringkali, apabila kita berdepan dengan seorang Perdana Menteri, kita akan menghormatinya dan berikan perhatian sekiranya beliau ingin membuat penyampaian. Namun, terjadi pula sebuah kekecohan yang berlaku di Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri di Malaysia untuk membincangkan aspirasi dalam industri hiburan setibanya 2050.

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures Datuk David Teo (MiG) telah ditampar oleh Sulaiman Yassin, atau lebih dikenali sebagai Mat Over,  di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber video: Jai Ejai

Kekecohan tersebut berlaku apabila David dikatakan merampas mikrofon dari pelakon Rosyam Nor yang merupakan moderator untuk dialog ini. David memberitahu Rosyam untuk memberi peluang kepadanya berkongsi kepada penonton yang duduk di bahagian belakang dan bukan hanya artis-artis yang duduk di bahagian hadapan. Disebabkan ini, Mat Over bergegas ke David dan menamparnya di hadapan Perdana Menteri dengan perasaan agak marah.

David dan Mat Over telah ditemani oleh pegawai keselamatan agar digesa keluar dari dewan apabila situasi tersebut menjadi tegang. Rosyam kemudian meminta maaf kepada Encik Najib bagi pihak artis atas situasi ini.

Sehabisnya dialog tersebut, Mat Over dan David bersalaman sesama sendiri dan kepada Encik Najib untuk menunjukkan bahawa kekecohan tersebut telah terlerai.

Sungguh! berpendapat jikalau David Teo ingin memberi peluang kepada orang-orang yang duduk di belakang, seharusnya dia memesan kepada pihak pengajur dahulu agar Rosyam dapat menyampaikan mesejnya semula bukan dengan tergesa-gesa merampas mikrofon. Mat Over pula tidak perlu bertindak kasar malah boleh menegur David secara tertib untuk elakan dari bersikap agresif memandangkan acara ini berlaku di khayalak ramai.

Mahupun begitu, terselah sifat keperihatinan kedua-dua David dan Mat Over dalam acara ini sebenarnya. David agak perihatin agar semua penonton menerima mesej yang disampaikan di acara itu manakala Mat Over pula berasa bertanggungjawab untuk memastikan sifat hormat terhadap Perdana Menteri Malaysia ini tersemai.

Salahkah mereka berdua ini? Macam cerita P Ramli dalam filem Bujang Lapok, si Ayu kan kata “Salah tu tidak… Tapi tak betul!”