Elfee Ismail & Isteri diduga dengan kehilangan ketiga-tiga anak setelah menanti 11 tahun lamanya.

by

Penyanyi tempatan Elfee telah mengongsi sebuah berita hiba pada 24 Mei 2017:

 

elfee1

 

Elfee Ismail dikenali sebagai seorang suami yang amat penyanyang terhadap isteri tercintanya. Dia sering mengongsi gambar-gambar yang menunjukkan kesayangannya kepada pasangannya. Kegembiraannya bertambah apabila dia mengongsi di Facebook bahawa isterinya sedang mengandung tiga orang anak setelah berumahtangga selama 11 tahun. Namun, kegembiraan tersebut tidak berpanjangan.

Pada 25 Mei 2017, Elfee juga telah mengongsi sebuah post di laman Facebooknya. Sewaktu persembahan solonya untuk Sinar Lebaran 2017, dia terhenti seketika kerana terbayang ketiga-tiga bayinya yang dimandikan dan disemadikan.

 

elfee2

 

Dia juga mengongsi dua gambar di tempat persemadian anak-anaknya pada 26 Mei 2017.

 

elfee3

Kami harap Elfee Ismail dan isterinya tabah menerima ujian ini. Kami di sungguh.com mendoakan agar Elfee dan isterinya diberi peluang sekali lagi untuk menjadi ibu bapa seperti yang diimpi-impikan. Amin.