Nikmati makanan bufet shiok dengan pengalaman baru di StraitsKitchen, Grand Hyatt

by

Restoran yang terletak di Scotts Road ini memaparkan pelbagai makanan kegemaran Singapura berbilang kaum – Melayu, Cina, India dan Peranakan. Ini termasuk makanan-makanan happening seperti Naan dan Satay.

Ulasan Video dari Facebook Sujimy Official Page

Hidangan-hidangan ini dimasak oleh cef-cef dari Asia Pasifik yang pakar dalam masakan masing-masing. Naan Bawang Putih yang dibakar terasa amat lembut dan sedapnya pun YA AMPUN! Hidangan-hidangan yang lain seperti roti prata, murtabak, kari ikan dan ayam mentega juga terlihat ramai sangat orang terburu-buru beratur! Kecoh! Pelbagai kuih seperti popiah, pisang goreng dan pelbagai kuih peranakan nyonya juga dihidangkan. Semuanya fresh belaka!

Selain itu, restoran ini menyediakan lauk-lauk ketam pada waktu makan malam. Jadi kalau anda rasa ingin berdating dan nak daring sedikit dengan hidangan ketam, just be ready with a bib sisters! Terdapat lima variasi lauk ketam pada hari-hari yang berbeza sepanjang minggu. Ini termasuk ketam masak Chilli, Black Pepper, Salted Egg, Green Peppercorn dan Gam Hiong.

StraitsKitchen juga merupakan restoran pertama yang memberi pengunjung peluang untuk melihat masakan secara live, secara up-close in-person! Ini merupakan sebuah pengalaman yang boleh diraih dengan keluarga dan rakan-rakan yang terdekat yang boleh membakar lagi semangat nak santap! Anda juga mempunyai pilihan untuk membuat permintaan agar mereka dapat sediakan ruang privet sempena majlis untuk meraikan hari jadi dan sebagainya! Best kan kalau dapat kumpulkan keluarga dan sahabat-hadai beramai-ramai! Macam budak-budak sekarang kata, halal party all night long gitu!


Sungguh!
menggalakan orang ramai untuk datang ke StraitsKitchen yang terletak di Grand Hyatt untuk makanan-makanan enak yang menjadi kegemaran rakyat Singapura – tak kiralah untuk geng-geng anda yang tua ke… muda ke. Jangan lupa untuk bawa keluarga dan members untuk ke restoran yang unik ini. Jangan kata kita tak sharing-sharing!

 

StraitsKitchen
Grand Hyatt Singapore
10 Scotts Road
Singapore 228211
Nombor telefon: +65 6738 1234

Sarapan Bufet:
Isnin hingga Jumaat: 6:30 pagi hingga 10:30 pagi
Sabtu, Ahad and Cuti Umum: 6:30 pagi hingga 11:00 pagi
(Tidak termasuk tempahan untuk jamuan sarapan)

Makan Bufet Tengah Hari:
Isnin hingga Jumaat – 12:00 pagi hingga 2:30 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum – 12:30 petang hingga 3:00 petang

Makan Malam Bufet:
Isnin hingga Jumaat – 6:30 petang hingga 10:30 malam