Berkat bulan Ramadhan

by

18952614_1311819022221264_7197282633535349164_n                                                Foto: A Minor Memoir

Bak pepatah “ada hikmah disebalik semua yang terjadi.” Kita tidak seharusnya bersedih ataupun memberontak jikalau berada dalam situasi yang tidak diingini. Memang payah untuk ditelan tetapi kita harus kekal sabar dan redha kerana pasti ada hikmahnya.

Ini sebuah kisah seorang gadis, Rebecca atau lebih dikenali sebagai ‘A Minor Memoir’ di FaceBook dan bapanya. 5 tahun yang lalu, bapa Rebecca dibuang kerja. Bapanya adalah seorang jurutera perisian komputer. Dia telah bekerja di syarikat yang sama selama 30 tahun dan pada bulan Ramadhan, 5 tahun yang lalu perkhidmatannya berakhir di sana.

Berbeza daripada reaksi Rebecca dan Ibu Rebecca yang risaukan perasaannya, bapa Rebecca sangat tenang dan sebaliknya mengatakan, “Alhamdullilah, saya tidak perlu bekerja semasa bulan Ramadhan.”

Bapanya terima takdirnya dengan sepenuh hati dan memilih untuk percaya yang Allah adalah perancang yang terbaik seperti bak pepatah, “Kita merancang, tetapi Allah yang menentukannya.” Bapanya memilih untuk melihat hikmah disebalik situasinya.

Pada Ramadhan itu, pasangan anak dan bapa itu kerap ke Masjid untuk solat Isyak dan Terawih. Kalau bapanya masih bekerja pada masa itu, tidak mungkin mereka boleh kerap ke Masjid bersama memandangkan waktu malam ialah jadual kerja bapanya.

Pada bulan yang suci itu, bapanya juga dapat beritikaaf – suatu impian yang dia fikir dia hanya boleh melalukan selepas dia bersara. Dalam tempoh 10 hari itu, Rebecca dan ibunya akan memasak dan membawa bekalan makanan untuk beriftar di Masjid sekeluarga.

Rebecca teringat betapa gembiranya bapanya semasa bulan Ramadhan itu. Dia sering berasa kagum dengan sikap bapanya sepanjang bulan yang suci itu. Pada Ramadhan itu, mereka sekeluarga dapat meluangkan masa yang bersama.

Pada pagi raya, mereka menuju untuk solat Aidilfitri dan bersarapan di iHop dengan saudara-saudara dan rakan-rakan yang terdekat sama seperti tahun-tahun yang lepas. Selepas bersarapan, mereka disambut oleh berita baik – bapanya telah mendapat sebuah temuduga kerja dan juga tawaran pekerjaan.

Dengan ini, kami harus ingat bahawa Allah dengar akan doa-doa kami dan Dia lebih mengetahui #allahknows. Jikalau kita fikir yang rancangan kita baik, rancangan Allah 10 kali ganda lebih baik #allahisthebestplanner. Jangan merungut atau bermuram jikalau berada di situasi yang tidak diidamkan tetapi terima dan lihat akan hikmah disebaliknya. Don’t worry be happy!