KEDAI EMAS WAH DI TAMPOI, JB, DIROMPAK, BERSENJATAKAN API.

by

Sungguh! telah mendapat berita hangat yang baru sahaja berlaku di Johor Bahru semalam. Sedang orang-orang Singapura sibuk berbelanja di Johor, berlakunya sebuah kekecohan di Kedai Emas WAH di dalam pasar raya GIANT, Tampoi.

Dalam video yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Noora Zhatul Shima CW, terlihat dua perompak sedang menghempas gelas di kedai emas tersebut. Mereka juga merampas barangan kemas dan kedengaran suara mereka memekik-mekik seakan mengugut sesiapa yang berhampiran. Yang membuat keadaan menjadi bertambah gerun apabila mereka merompak dengan bersenjatakan api.

19366478_10213654912950601_5398471346902593550_n

19366600_10213654911350561_5861405060737019735_n

Ketua dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat telah berkongsi di Harian Metro bahawa seorang pengawal keselamatan turut terkena tembakan di paha.  Sungguh! telah difahamkan bahawa pengawal tersebut dalam keadaan stabil dan selamat. Beliau telah dihantarkan ke di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk dirawat.

Setakat ini, pihak polis di Johor sedang aktif melakukan siasatan mengenai kes ini dan mereka dalam misi untuk mengenal pasti penjenayah-penjenayah yang terlibat.

Sungguh! ingin menasihati orang Singapura yang sering ke Malaysia untuk berhati-hati apabila pergi membeli-belah di sana, lebih-lebih lagi saat kita sangat khusyuk untuk cepat-cepat berbelanja sempena Hari Raya ini. Jangan sampai kita menjadi mangsa keadaan, ya! Stay vigilant and safe!