LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN KULIT MUKA

by

PAGI

Kita hanya ada satu wajah, tetapi pelbagai krim yang kita akan beli untuk memastikan keayuan atau ketampanan diri.

Tetapi, apabila kita sudah pun beli krim-krim ini semua adakah kita tahu bagaimana cara hendak gunakannya? Adakah semuanya sama sahaja? Mesti ada di luar sana yang masih terkial-kial memikirkan mana satu krim yang harus digunakan dahulu dan sebagainya. Jangan bimbang, Sungguh! akan kongsikan langkah-langkah untuk rutin penjagaan kulit.

PAGI

PENCUCI MUKA

Pencuci muka adalah langkah pertama untuk setiap rutin penjagaan kulit. Ia membersihkan kulit muka dan menghilangkan kotoran-kotoran dan minyak muka lalu menyediakan muka untuk langkah yang kedua. Ianya sangat penting untuk memilih pencuci muka yang berkualiti tinggi.

youtube: soothingsista

TONER

Toner selalu digunakan selepas krim atau sabun pencuci muka untuk membersihkan muka dengan teliti. Jika anda menggunakan banyak solekan, penggunaan toner adalah langkah teramat penting yang sering diambil sambil lewa untuk membersihkan pori-pori muka. Untuk menggunakan toner, anda hanya perlu letakkan sedikit ke atas kapas dan mengesatkannya ke muka anda. Toner tidak perlu dibilas dengan air.

PELEMBAP

Selepas toner, datangnya pelembap. Pelembap akan memberi kulit muka anda  penghidratan. Pilih pelembap yang dibuat oleh bahan-bahan semulajadi kerana ia akan buat lebih daripada hanya melembapkan muka.

PELINDUNG MATAHARI

Pelindung matahari ialah penting untuk melindungi kulit daripada bahayanya cahaya matahari seperti UVA dan UVB. Ia tidak hanya mengelakkan penyamakan tetapi ia juga akan membentukkan lapisan pelindung.

 

MALAM

SERUM

Serum muka membantu dalam mengekalkan tekstur muka dan memberinya lebih khasiat. Ada serum khusus untuk masalah kulit muka kering, kulit muka berminyak dan juga kulit yang sensitif. Untuk kulit muka biasa, anda boleh menggunakan serum biasa yang akan membantu mengekalkan tekstur muka dan akan membuat kulit muka lebih lembut. Sesudah  toner anda kering, ambil beberapa titik serum dan sapukan ke seluruh muka.

RAWATAN PARUT JERAWAT

Kalau anda mengalami kulit wajah yang mudah berjerawat, rawatan parut jerawat adalah paling efektif bila digunakan di waktu malam. Sapukan krim rawatan parut jerawat di kawasan wajah yang bermasalah dan elak daripada menggunakannya di kawasan yang tak bermasalah. Ia hanya berkesan apabila disapukan kepada jerawat sahaja. Jikalau disapukan di kulit biasa, ia akan membuat kulit kering dan mengelupas.

KRIM MATA

Krim mata digunakan untuk mengekalkan keanjalan kawasan halus di sekeliling mata. Ia akan mencegah kedutan, lingkaran hitam, dan mengekalkan kehidratan kulit mata.

MINYAK MUKA

Minyak muka selalunya mengandungi bahan semulajadi seperti ekstrak tumbuhan, ekstrak tenusu dan lain-lain lagi. Minyak muka sebegitu membuat kulit muka lembut dan bercahaya serta mengawal timbulnya jerawat.