3 Acara Sekeluarga Anda Harus Cuba Bulan Julai dan Ogos ini!

by

Hari ini Sungguh! nak kongsi pelbagai acara-acara menarik yang anda semua boleh cuba dan luangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu.

1. LalooLalang 7.0 (Feastival 2017)

Screen Shot 2017-07-14 at 10.46.55 AM

Bila ada acara jual makanan je mesti tak nak miss kan? LalooLalang akan mengadakan acara Feastival 2017 yang menjual pelbagai jenis makanan yang macam orang putih kata, “to satisfy your cravings”. Nak tahu apa yang lagi happening tentang acara ni? Haaa, Feastival 2017 bukan sahaja akan menjual makanan Melayu, malah mereka juga akan menjual makanan India. Rasa macam dah tak sabar nak pergi kan?

Anda juga boleh beramah mesra dengan artis-artis Singapura yang bakal turun padang ke acara ini dan ada juga celebriti-celebriti chef yang akan menunjukkan demonstrasi masakan mereka. Memang happening betul lah Feastival 2017 ni! Kalau anda nak tahu lebih lanjut, lungsuri FB LalooLalang di https://www.facebook.com/laloolalang/

Feastival 2017
Tarikh: 5 dan 6 Ogos 2017
Tempat: National Museum of Singapore
Masa: 12 petang – 10 malam

2. ART ZOO

 Logo

 Art Zoo kini kembali dan terletak di Resorts World Singapura! Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk mencuba masa ia berada di acara i-Light Marina Bay, inilah masanya untuk anda membawa keluarga dan luangkan masa menikmati keseronokan berlonjak-lonjak di Inflatable Park ini! Terdapat pelbagai jenis pemasangan berbentuk yang akan menarik mata anda.

Pameran Art Zoo ini berbentuk binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan justeru ia amat sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Selain menjadi suatu tempat permainan bagi kita, Art Zoo juga ingin menanamkan semangat ekpresi secara artistik melalui pengembaraan visual. Sebab itulah bentuk-bentuk binatang yang mereka cipta sangat comel dan dalam rekaan yang artistik!

Tengok saja gambar-gambar ni, comel dan menarik rekaan bentuk-bentuk di Art Zoo.

Art-Zoo-Slide-2

Honey-Hives-3

Grasslands-1

Art Zoo Inflatable Park
Tarikh: 30 Jun – 31 Julai 2017
Tempat: Resorts World Singapura
Masa: 11 pagi – 9 malam setiap hari

3. PAMERA YAYOI KUSAMA DI GALLERI NASIONAL SINGAPURA

Yayoi Kusama

Salah satu kegemaran Sungguh! adalah pameran seni pelukis dan penulis terkenal iaitu Yayoi Kusama dari negara Jepun. Pameran ini terletak di Galleri Nasional Singapura dan bertemakan “Life is the Heart of a Rainbow”. Ada bermacam-macam karya seni beliau yang boleh didapati yang dapat menarik mata dan juga anak-anak anda! Masih tak percaya?

Lihat saja gambar-gambar tersebut dan nilaikan sendiri. Ramai yang telah mengunjung ke Galleri Nasional Singapura dan bergambar di pamera yang berwarna-warni ini.

Tak ke menarik dan memukaukan? Pameran yang cukup baik untuk anda bergambar sekeluarga dan dapat menikmati keindahan karya seni Yayoi Kusama!

"I am just another dot in the world" #yayoikusama

A post shared by Rosalindynata Gunawan (@linguling) on

Salah satu pameran yang Sungguh! cadangkan anda membawa anak-anak anda ialah pameran yang bernama “The Obliteration Room”. Di dalam ruang ini, anda diberi kebebasan untuk melekatkan pelekat berwarna-warni ke sekitar ruang ini termasuk dinding dan perabot yang tersedia. Sungguh! menarik!

Pumpkin 🍄 #sgloveskusama #yayoikusama

A post shared by JerK +65 🇸🇬 (@pokjer) on

Pameran Seni Yayoi Kusama
Tarikh: 9 Jun – 3 September 2017
Tempat: Galleri Nasional Singapura
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lungsuri https://www.nationalgallery.sg/

Tunggu apa lagi? Memandangkan hujung minggu akan tiba, cubalah pergi ke acara-acara tersebut dan nikmati masa anda bersama keluarga! Yelah, siapa yang tak suka melihat anak-anak gembira kan? Gembirakan hari anak-anak anda dengan aktiviti-aktivit yang tersedia buat mereka. Selamat berhujung minggu!