27 Kanta Lekap Dijumpai Dalam Mata Seorang Wanita

by

Seorang pakar pembedahan dari telah menjumpai 27 kanta lekap di dalam mata seorang wanita yang berusia 67 tahun. Kejadian berlaku di negara United Kingdom.

Menurut British Medical Journal, wanita tersebut dipercayai sedang bersiap sedia untuk pembedahan katarak apabila pakar pembedahan tersebut mendapati banyak kanta lekap yang tersembunyi di mata beliau.

27-contact-lenses

Pada mulanya, pakar mata berjaya hanya menjumpai 17 kata lekap yang melekat bersama lendir dalam mata pesakit itu. Kemudian 10 lagi dipercayai masih tersembunyi di mata beliau ketika pemeriksaan yang selanjutnya.

Oleh itu, Sungguh! berharap anda yang kerap menggunakan kanta lekap menjadi lebih berhati-hati dan jangan elak daripada mengeluarkannya sebelum tidur.

Pesakit tersebut dikatakan telah kerap menggunakan kata lekap yang boleh dipakai buang selama 35 tahun. Jadi ingat ye kawan-kawan, jangan carik nahas! Jika suka memakai kanta lekap, tolong rajin mencuci dan menukar ok?